10.00 malam – selesai perbincangan bersama medical team thirdforce di kota bharu. Time to go back home to Pasir Puteh. Another 35 km driving.
Syukur alhamdulillah di pertemukan insan-insan hebat yang sudi membantu kita dalam bersama sama membina satu gelombang mengajak semua orang jadi orang baik-baik.
Medical Team Thirdforce adalah pasukan perubatan thirdforce yang di terajui oleh doktor-doktor di bantu oleh paramredic yang mempunyai passion ke arah menyumbang kepakaran dan apa sahaja yang mereka ada untuk asnaf dan rakyat Malaysia keseluruhannya.
Malam ini kita berbincang untuk merealisasikan dan mengembangkan perkhidmatan ambulans percuma untuk asnaf, serta perkhidmatan perubatan dan paramedic percuma untuk rakyat Malaysia. Jika di india mereka boleh ada beribu buah ambulans percuma kenapa kita tak boleh buat sedangkan kita ada ramai orang2 kaya yang boleh infaq sikit sorang.
Doakanlah agar impian untuk berikan perkhidmatan perubatan dan paramedic percuma untuk rakyat Malaysia ini di permudahkan Allah InsyaAllah …
Anda graduan dlm bidang perubatan atau paramedic dan berminat untuk join Medical team thirdforce??
Jommmm sertai kami.
Nantikan pengumuman rasmi dan pelancarannya nanti insyaAllah …
Jommm jadi orang baik-baik.