home Construction BAIKPULIH RUMAH NEK WAN NAEMAH

BAIKPULIH RUMAH NEK WAN NAEMAH

Khamis 2 Febuari 2017, Third force hari ini memulakan bantuan segera kepada nenek Wan Naemah yang merupakan mangsa banjir 2017 , barang-barang dalam rumahnya boleh dikatakan semuanya musnah ditenggelami banjir yang melanda baru-baru ni.

untuk langkah segera kita akan membaik pulih rumah nenek ini bagi memberi sedikit keselesaan kepadanya dan keluarga sementara menanti rumah kekal siap seperti yang dijanjikan oleh pihak berkaitan …

rumah yang serba daif ini didiami oleh 2 keluarga termasuk nenek ini.. untuk itu kita bercadang membina bilik-bilik menggunakan plywood didalam rumah demi menjaga aurat..

nenek ini selalu sakit dan sentiasa berulang alik ke hospital.. kita bantu sikit seorang yang selebihnya kita serahkan kepada Allah..

membantu tanpa protokol.
jom jadi orang baik-baik…

dari saya Zul third force lipis..

kita tidak higlightkan nama Kg untuk tidak timbulkan sebarang isu, nanti ada yang kepanasan dan keselamatan sukarelawan sering kali tergugat. Pengalaman menjadikan kita sangat berhati hati.

Terima kasih Abang Raja yang pantas meluluskan bantuan dan sangat prihatin kepada kes ini. Terima kasih keluarga besar thirdforce yang terus menyokong Abang Raja dan menyokong kami thirdforce seluruh malaysia.

Doakan ya …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *