home Columns IANYA BUKAN NGO BIASA..

IANYA BUKAN NGO BIASA..

Ianya bukan satu NGO biasa
Malah kita tidak bergerak seperti satu NGO
Kita adalah satu gelombang
Gelombang mengajaksemua orang jadi orang baik-baik

Kita bekerja setiap hari
Kerana kebaikan itu bukan bermusim
Kita bergerak setiap detik waktu
Kerana kematian itu pasti dan tiada siapa yang tahu

Jika volunteering hours yang jadi perkiraan
beribu jam yang perlu di kira
Jika bilangan projek bantuan yang di nilai
Kita bukan bergerak on project based
Kerana kita ada berpuluh projek dalam tangan
Beratus projek yang telah siap
Beribu asnaf yg sedang dan telah di bantu
Berjuta sukarelawan di seluruh negara dan dunia

Kita adalah keluarga besar thirdforce
Bukan untuk mohon apa-apa geran
Bukan untuk apa-apa anugerah dan gelaran
Kerana kita tak perlukan duit untuk berbuat baik
Kita tak perlukan anugerah dan populariti untuk membantu

Kit bergerak kecil dan besar
Kita bertebaran sikit dan ramai
Siang dan malam
Ada yang bermula seawal pagi jam 3
Semuanya kerana satu perkara
Mengejar saham akhirat
menjunjung visi bersama
Jom jadi orang baik-baik

Dengan harapan bila ianya tersebar
satu hari nanti
berpuluh tahun akan datang
bumi bertuah ini akan di warisi
oleh ramai orang baik-baik.

Inilah perjuangan saya
perjuangan kita bersama

WE ARE THE THIRDFORCE
TOGETHER WE ARE STRONGER

Raja Shamri Raja Husin
Pasir Puteh
Kelantan
4 Feb 2017

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *