home Third Force ASNAF ROHMAH

ASNAF ROHMAH

Info dari Thirdforce Gua Musang

4/2/2017 -Mengambil peluang hari cuti hari ni Sabtu kami di Gua Musang melawat asnaf Rohmah binti Che Din (56 tahun)panggilan mesra Kak Zah. Ibu tunggal ini tinggal di perumahan setinggan kereta Api Gua Musang.

Beliau yang sebelum ini bekerja membuat kuih terpaksa berhenti 4 bulan lepas kerana sakit bisul berdarah di paha dan perut. Selain itu Kak Zah menghadapi penyakit diabetes, darah tinggi dan masalah buah pinggang.

Pernah melakukan 2 pembedahan di kaki akibat dari luka. Beliau tinggal bersama anaknya yang berusia 16 tahun. Buat masa sekarang Kak Zah mendapat rawatan di klinik berdekatan dan perlu berjumpa pakar setiap bulan.

Bersama kami hari Ini ramai juga yang sama-sama turun untuk merasai sendiri keperitan hidup orang lain dan bersyukur dengan apa yang Allah berikan pada kami.

Untuk sama-sama  membantu dan detail program bantuan untuk Kak Zah boleh hubungi saya Tura thirdforce Gua musang : 013 974 3669

Jommm Jadi Orang baik-baik.

Saya Tura
Thirdforce Gua Musang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *