home Third Force ASNAF ABDUL RAHIM

ASNAF ABDUL RAHIM

No Rujukan : 3rdForcePD/Asnaf/2017/013

Nama Penuh : Abdul Rahim b Harun
Alamat: Kg Sawah Sunggala
Status : Duda Anak Satu
Bantuan JKM/Baitulmal : Dalam Proses

Maklumat Ringkas:

3rdForce PD telah hadir ke rumah Abg Rahim pada 4 Februari dan susulan pada 5 Februari hasil daripada maklumat sahabat 3rdForce PD di Kg Sawah Sunggala.

Abg Rahim, duda anak satu, bekas anggota TUDM yang berkhidmat hanya 11 tahun sahaja. En Rahim berhenti awal dari TUDM atas sebab kesihatan yang tidak mngizinkan . Abg Rahim mempunyai anak yang kini
tidak tahu di mana lokasinya sejak sekian lama.

Kehadiran 3rdForce PD bersama beberapa sahabat menyaksikan betapa sukarnya hidup Abg Rahim tinggal seorang diri , tidur dengan hanya tilam yang sudah usang, lembab serta berbau . Atapnya yang sudah bocor , sampah-sampah
berselerakkan , batu-batuan yang menggunung di setiap penjuru rumah di tambah pula dengan tiadanya bekalan air bersih ke rumah telah merumitkan hidupnya. Malamnya tiada lampu menerangi, gelap gelita sejak sekian lama. Kami menyaksikan sendiri insan ini yang dulu rajin, berdedikasi , bertanggungjawab, berkarier berubah menjadi insan yang dirundung malang. Adakah kita boleh hidup dalam keadaan seperti yang dialami oleh Abg Rahim?

3rdForce merancang untuk membawa Abg Rahim ke hospital dalam waktu terdekat bagi membolehkannya mndapat rawatan yang bersesuaian. Insya allah, urusan pembaikpulihan atap, elektrikal dan plumbing akan diusahakan kelak bersama beberapa rakan yang sudi membantu. Masalah tiada bekalan air akan kami 3rdForce PD bersama pngurusan kampung akan dipanjangkan kepada agensi berkaitan. Kerja gotong royong akan dirancang bersama sahabat-sahabat dan agensi berkaitan sedikit masa lagi.

Bantuan Yg Diperlukan:

1. Bantuan Membaikpulih Atap Yg Bocor
2. Bantuan Pendawaian Elektrik
3. Bantuan Membaiki Plumbing Dalm Rumah
4. Tilam/Katil/Bantal/ Selimut
5. Almari Terpakai
6. Segulung tikar getah
7. Peralatan penjagaan diri
8. Doa dan kasih sayang

Jika sahabat ini ingin membantu Abg Rahim, boleh hubungi En Syed di talian 0172358190. Saham.akhirat anda ada di sini. Bantuan doa dan kasih sayang anda kepada Abg Rahim amat dialu-alukan.

#jomjdorgbaikbaik
#The3rdForceNS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *