home Construction UPDATE BAIKPULIH RUMAH NEK NAEMAH

UPDATE BAIKPULIH RUMAH NEK NAEMAH

Isnin 6 Febuari 2017, Hari ini sukarelawan Third Force Lipis memulakan kerja membaik pulih rumah nenek Wan Naemah yang merupakan mangsa bah kuning 2014 dan banjir 2017 yang terkini.

Bantuan berupa pembaikian rumah ini adalah untuk memberi sedikit keselesaan kepadanya menetap dirumah yang hampir roboh ini bersama keluarganya sementara menanti rumah kekal siap seperti yang dijanjikan oleh pihak berkaitan sejak 2014 lagi.

Nenek ini dan keluarganya mengucapkan berbanyak banyak terima kasih kepada abg raja dan semua keluarga besar thirdforce yang meluluskan peruntukan dengan segera untuk kos membaik pulih ini..

hanya Allah jua yang mampu membalasnya

Pembaikian rumah nenek ini akan bersambung untuk hari-hari yang seterusnya kerana tidak boleh hendak  siapkan dalam satu hari.

Doakanlah agar semuanya di permudahkan sebab environment di di sini lain sikit. Sukarelawan seringkali di ancam dan di di salah anggap sebagai memalukan pihak tertentu bila kita membantu asnaf.

Semoga Allah satukan hati-hati kita agar dapat sama-sama berlapang dada dan sama-sama membantu demi saham akhirat masing-masing. Sesungguhnya kami di sini dan T hirdforce tidak pernah nak malukan sesiapa tak pernah cari salah sesiapa. Sekadar nak bantu sikit sorang demi pahala akhirat masing-masing.

Doakan ya.

Ikhlas dari saya Zulkifliy
Third force lipis.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

The people from Rich Mille informed me that fake richard mille this bezel is actually corrosion-proof, exceptionally inflexible and also very resistant to impacts.