home Columns PENGORBANAN SEORANG ANAK

PENGORBANAN SEORANG ANAK

Saya bangga dan terasa sangat terharu hari ini bersama Ali melihat proses pengkebumian ayahnya.Sejak malam tadi lagi bila saya dapat tahu ayahnya telah tiada. Saya dan sukarelawan thirdforce bergegas ke hospotal tengku anis.

Ayah Ali meninggal di sisi Ali dalam kenderaan thirdforce yang di pandu Ali sewaktu dalam perjalanan ke hospital. Proses nak bawak balik jenazah ke rumah malam tadi juga lancar sebab thirdforce ada van jenazah sendiri yg di infaqkan oleh kalian semua. Tidak perlu tunggu van jenazah hospital.

Pagi ini di rumah Ali sukarelawan thirdforce ramai yang hadir sama-sama bantu mandikan jenazah dan solat jenazah. Ali pandu sendiri van jenazah yang membawa jenazah ayahnya ke kubur.

Saya melihat dengan hati yang sangat terharu dan
syukur kerana Allah bawakan sesorang sukarelawan yang memilih untuk bersama thirdforce seperti Ali. Sewaktu mula-mula Ali datang menemui saya dulu saya lihat tercatat dalam ‘resumenya’ dia seorang jurutera yang bergaji besar.

Saya bertanya kenapa dia mahu jadi sukarelawan thirdforce yang pada mata kasar tiada jaminan apa-apa melainkan pahala dan ganjaran besar dari Allah yang tiada siapa tahu.

Ali menjawab beliau mahu sentiasa berada dekat dengan ayahnya di Kelantan dan berbakti membantu orang miskin di samping bertalaqi dengan saya tentang prinsip hidup dan bersama mengembangkan thirdforce. Hari ini Ali di beri Allah segala yang terbaik dalam bersama ayahnya di penghujung usia si ayah.

Kita seluruh keluarga besar thirdforce mendoakan agar Ali dan mungkin beribu lagi anak muda di luar sana yg mempunyai impian yang sama seperti Ali iaitu untuk jadi orang baik-baik agar kekal lah bersama dalam gelombang ini.

Semoga Allah kekalkan kita dalam rahmatnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

The people from Rich Mille informed me that fake richard mille this bezel is actually corrosion-proof, exceptionally inflexible and also very resistant to impacts.