home Medical KERUSI RODA UNTUK IRRFAN

KERUSI RODA UNTUK IRRFAN

10 Febuari 2017, 2.30 petang Semperna keberkatan jumaat team thirdforce Gua Musang seramai 17 orang mengambil kesempatan menyampaikan kerusi roda sumbangan keluarga besar thirdforce kepada anak istimewa adik Irrfan dan menyantuni asnaf Irwan Zarwani b. Sulaiman Dan Zarina bt Che Ismail.

Asnaf ini memiliki seorang anak istimewa adik Muhammad Irffan Aiman berusia 12 tahun. Adik ini bersekolah d sekolah khas Gua Musang Dan mendapat bantuan dari JKM.

Mereka memohon bantuan sebuah kerusi roda sebelum ini untuk memudahkan Pergerakan adik irrfan Di rumah. Mereka telah membeli sebuah kerusi roda 6 tahun lepas tetapi Di letakkan Di sekolah.

Semasa kunjungan kami, adik Irffan menunggu Di depan rumah dgn senyum penuh mesra.
Gembira tak terkata ibu Dan ayahnya melihat anak mencuba kerusi roda sumbangan Dari thirdforce.

 

 Kegembiraan jelas terpamer d wajar Irrfan yang menanti ketibaan team. Sungguh mulia hatinya sungguh indah santunnya, adik Irrfan tidak membenarkan pasukan bergerak pulang selagi tidak minum d rumah beliau. Setelah di pujuk barulah di lepaskan kami dengan janji untuk mengunjungi beliau lagi.

Bersama itu juga kami menyampaikan sumbangan dari Impian Mama Restaurant buat 12 buah keluarga asnaf di sekitar Gua Musang.

Tura,
Thirdforce Gua Musang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *