home Latest News PAK RAHIM SIHAT

PAK RAHIM SIHAT

Ramai yang bertanya khabar Pak Rahim, hari ini sukarelawanTHIRDFORCE  singgah menjenguk beliau di rumahnya. Pak Rahim baru saja berehat sekejap berbenti penat sewaktu sukarelawan kita singgah.

Harga getah naik katanya. Jadi rugi kalau tidak menoreh. Lagipun kena kerja sebab Nabi marah orang yang malas. Kata-kata Pak Rahim dalam keadaan termengah dan berpeluh-peluh tidak sabar hendak sambung menoreh menjadikan kita rasa terinspirasi.

Pak Rahim menoreh getah peninggalan arwah ayahnya, belaiu tinggal sebatang kara di rumah yang di bina oleh keluarga besar THIRDFORCE setelah rumah asalnya musnah dalam bah kuning 2014. Baru-baru ini Pak Rahim di biayai oleh beberapa orang dari keluarga besar THIRDFORCE untuk mengerjakan umrah.

Tanpa duit daripada saudara mara Pak Rahim terpilih menjadi tetamu Allah.

Beliau yang hidup serba kekurangan dan keseorangan dalam hutan kini adalah sebahagian dari keluarga kita.

Ada banyak kisah di sebalik program bantuan THIRDFORCE kepada Pak Rahim yang kita tidak berminat untuk tulis dan ulas banyak khuatir ada pihak yang tidak senang. Tetapi berkat kesabaran beliau setelah di tipu, dianiaya dan di hina sekian lama dek kemiskinan kini Pak Rahim adalah sebahagian dari kita.

Sesiapa yang lalu jalan Gua Musang ke Kuala Krai singgah lah ya di pondok beliau. Katakan dari keluarga besar THIRDFORCE. Saya percaya Pak Rahim berbesar hati menerima kita.

Jommmm jadi orang baik-baik.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *