home Religion Jika dirimu tak mampu bersaing dgn orang dalam BERAMAL… maka bersainglah dgn para pendosa yg BERTAUBAT …

Jika dirimu tak mampu bersaing dgn orang dalam BERAMAL… maka bersainglah dgn para pendosa yg BERTAUBAT …

Setiap hamba Allah di muka bumi ini tiada yang sempurna.Dan setiap saat juga kita bergelumang dengan dosa sama ada dalam keadaan sedar atau pun tidak.Kecuali para Nabi dan para Rasul.Bagi diri kita yang pernah terjerumus dalam dosa janganlah kita berputus asa tuan-tuan kerana Allah itu bersifat Maha Pengampun dan Maha pengasih kepada hambanya yang berbuat kesalahan.Allah beri kesempatan beratus kali kepada hambanya yang bertaubat.Dalilnya dalam Al Quran banyak Allah beritahu antaranya firman Allah dalam surah Ash-Shuraa ayat ke 25 yang bermaksud “Dan Dia lah Tuhan yang menerima taubat dari hamba-hambaNya(yang bertaubat)serta memaafkan kejahatan-kejahatan(yang mereka lakukan)dan Ia mengetahui akan apa yang kamu semua kerjakan”

Sudah jelas dalam ayat tersebut Allah mengampuni dan memaafkan setiap kesalahan yang pernah kita lakukan dengan cara bertaubat sungguh-sungguh dari kesalahan dengan kembali ke jalan yang Allah redhai.Dalam islam di sebut ada beberapa syarat taubat yang diterima oleh Allah yang pertama meninggalkan dosa tersebut,yang kedua menyesali perbuatan dosa yang di lakukan dan yang ketiga berjanji kepada Allah tidak akan mengulangi lagi.kalau syarat-syarat tersebut kita dapat laksanakan dengan penuh sempurna In Sha Allah Allah menerima taubat kita.

di samping itu juga kita kena banyakkan berdoa memohon meminta ampun dan rahmat Allah kerana Allah memperkenankan doa kita.Dalilnya dalam surah di Ash-Shuraa di atas Allah menyambung ayat tersebut dalam ayat ke 26 yang bermaksud “Dan Ia memperkenankan Doa permohonan orang-orang yang beriman serta beramal soleh,Dan Ia menambahi mereka dari limpah kurniaNya(selain dari yang mereka yang pohonkan)Dan(sebaliknya)orang-orang yang kafir di sediakan bagi mereka azab seksa yang seberat-beratnya”

Doa salah satu bentuk penyerahan diri kita kepadaNya,janganlah kita sombong tuan-tuan kerana orang yang sombong ialah salah satunya orang yang tidak mahu berdoa meminta pertolongan daripada Allah.Nak dapat pertolongan Allah maka kita penuhilah segala tuntutan yang Allah perintahkan.Berserahlah dengan sebulat-bulatnya kepadaNya dengan menyesali segala dosa yang pernah kita lakukan.Selepas itu bertawakal kepada Allah In Sha allah hati dan jiwa kita akan tenang untuk meneruskan kehidupan,tenang dan rasa enak untuk beramal ibadah sama ada amalan wajib mahu pun sunnat.Kerana pada masa itu hati kita sudah dekat dengan Allah.

Oleh kerana itu tuan-tuan sekiranya di masa lalu kita pernah bergelumang dengan dosa dan noda janganlah kita melambat-lambatkan taubat kita.Ajaklah diri kita bersaing dengan para pendosa yang kini berlumba-lumba berjuang untuk mengecapi taubat yang nasuhah.Banyakkanlah diri kita terlibat dengan kerja-kerja agama,tuntutlah ilmu di taman-taman syurga(majlis-majlis ilmu)agar bertambah iman dan takwa kita kepadaNya.Teruskanlah kehidupan yang Allah berikan dengan amalan-amalan kebaikan,kita gunalah kesempatan tersebut kerana ianya tidak akan berulang kembali,ianya amat berharga buat kita.Kerana kematian menunggu kita pada bila-bila masa sahaja tuan-tuan yakni ibarat api pelita yang bila-bila masa sahaja di tiup angin.Tetapi ingat!!!mati ialah satu permulaan kehidupan kita yang sebenarnya yang kekal abadi.Oleh itu tuan-tuan janganlah kita takut pada kematian akan tetapi takutlah kita apabila mati dalam keadaan yang berdosa serta amalan kebajikan amat sedikit yang tidak mampu menjamin kita di Akhirat kelak.Nauzubillahiminzalik.Kita doa lah banyak-banyak supaya Allah pilih kita,semoga kita semua memperolehi rahmat Allah dan mendapat syafaat Baginda Nabi Muhammad SAW di akhirat kelak…aamiin…

wallahualam…..

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *