home Construction SPEAKER DAN PA SISTEM SURAU THIRDFORCE BATU BALAI

SPEAKER DAN PA SISTEM SURAU THIRDFORCE BATU BALAI

Alhamdulillah hampir 1 minggu bermula Program Kerohanian untuk anak-anak asnaf yang menghuni Perumahan THIRDFORCE Batu Balai. Perumahan yang menempatkan asnaf terutamanya mangsa banjir yang tiada rumah ini di bina bersama sebuah surau untuk kegunaan penghuni perumahan tersebut.

Buat masa ini tukang-tukang rumah THIRDFORCE yang membina rumah Shukri Di Kg Enggong di berikan penginapan di salah satu unit perumahan tersebut. Inisiatif tukang-tukang rumah kita yang majoritinya guru dan pelajar pusat pengajian pondok untuk memulakan kelas quran dan agama kepada anak-anak asnaf adalah antara usaha THIRDFORCE dalam membina dan membantu anak-anak asnaf dalam bab kerohanian juga.

Hari ni sukarelawan kita pergi melawat perumahan Batu Balai untuk memasang speaker dan PA sistem untuk menghidupkan lagi surau yang kita bina. Dengan adanya PA sistem ni, dapat lah azan berkumandang untuk mengajak lebih ramai jemaah ke surau.Insya Allah esok para tukang kita akan membuat solat hajat di Surau Batu Balai ini.

Semua usaha ini tidak mungkin mampu kita lakukan tanpa sokongan dan kasih sayang kalian semua.

Jommm kita jadi orang baik-baik.

Bersama saya kita mampu mengubah lebih banyak kehidupan insyaAllah.

Kita keluarga besar THIRDFORCE keluarga orang baik-baik. Sama-sama kita beli saham akhirat kita masing-masing sedikit seorang dalam setiap usaha kemanusiaan THIRDFORCE ya.

InsyaAllahh …

Saya Julah

Ketua sektor pembinaan dan infrastruktur

The 3rd Force

16 februari 2017

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *