home Construction UPDATE VILLA SYURGA SYUKRI

UPDATE VILLA SYURGA SYUKRI

Update pembinaan projek Villa syurga anak soleh Syukri di Kampung Enggang Kuala Krai.

Selepas melawat perumahan Batu Balai sukarelawan kita meneruskan perjalanan dengan melawat keluarga Shukri di Kampung Enggong dan tapak pembinaan Villa Syurga Shukri. Hasil lawatan ini kami mendapati Villa Syurga Shukri sudah hampir siap sepenuhnya.

Mengikut cakap tukang kita dalam 1 minggu insya Allah boleh siap. Hanya tinggal pasang sistem paip,melantai,siling di ruang tamu dan plaster dinding ruang tamu.

Insya Allah kalau tiada rintangan hujung minggu depan boleh lah kiranya kita beramai-ramai bergotong-royong mengecat,membersih kawasan rumah dan membuat ‘wiring’.

Alhamdulillah syukur kita ke hadrat Ilahi kerana hari ini juga ada hamba Allah yang sanggup menderma 4 biji culvert untuk tangki septik projek Villa Syurga Shukri ini.

Teruskan sama-sama membeli saham akhirat masing-masing di sini. Doakan ya.

Semoga segala usaha kita di berkati Allah insyaAllah.

Untuk detail program bantuan ini hubungi Ali sukarelawan yang lead kes ini 017-242 8767

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *