home Volunteerism DARI KEDAH UNTUK MENYUMBANG

DARI KEDAH UNTUK MENYUMBANG

19 Februari, Pasir Puteh- Alhamdulillah pada pagi ini HQ 3rd Force di kunjungi oleh keluarga Haji Sathari Abd Muhid atau panggilan manja, Abg Yie dan Mazlah Fatihah bt Awang, lebih mesra dengan Kak Ah bersama puteri tercinta Nur Qistina Mirza bt Sathariatau dengan panggilan mesra dan manja, deq qis bersama barang- barang sumbangan.

Kak Ah dan abg yie telah lama menghubungi kita untuk menyampaikan barang sumbangan tersebut, tetapi kekangan masa dan ruang telah membataskan mereka. Di tambah pula kita belum yang request untuk lancarkan Thirdforce Kedah.

Mereka yang menetap di Sungai Petani sanggup datang sendiri menghantar barang-barang sumbangan tersebut ke HQ 3rd Force atas rasa kasih sayang dan kemanusiaan. Rasa kasih dan sayang ini telah menjadikan jarak, masa, dan ruang bukan lagi masalah untuk berbuat kerja baik.

Semoga usaha kak ah dan abg yie bersama adeq qis ini menjadi inspirasi kepada orang lain untuk turut sama dalam gelombang mengajak semua menjadi orang baik-baik ini.

Kepada individu yang ingin menyumbang dalam bentuk barangan atau apa sahaja, boleh terus ke HQ 3rd Force di Pasir Puteh atau hubungi wakil kita di cawangan tertentu di seluruh Malaysia. Tapi baju terpakai janganlah, nantikan jadi fitnah pula.. kitakan nak jadi orang baik-baik.

#jommjadiorangbaikbaik
#wearethe3rdforce
#togetherwearestronger

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *