home Volunteerism TUGASAN KEPADA SUKARELAWAN

TUGASAN KEPADA SUKARELAWAN

Pagi ini Abangraja mintak diadakan meeting segera walaupun baru semalam tiba dari Vietnam untuk memenuhi jemputan komuniti islam bagi melancarkan gelombang THIRDFORCE disana. Walaupun penat semalam masih terasa, abangraja kuatkan diri kerana ada beberapa perkara penting yang perlu diselesaikan segera.

Meeting pada hari ini untuk agihan tugas serta update program bantuan asnaf THIRDFORCE sepanjang trip abangraja ke Vietnam dan juga jadual program ceramah abangraja untuk bulan ini.

Sukarelawan yang bertugas, Safuan, memaklumkan kepada abangraja tentang perjalanan program bersama UUM dan pelajar-pelajar serta pensyarah dari Universiti di Kansai Jepun dalam kajian lapangan pengurusan bencana di Malaysia khususnya di Kelantan semasa banjir besar pada tahun 2014.

Turut serta dalam meeting pada hari ini, Saudari Nadiah sukarelawan yang ingin menginfakkan kepakaran beliau sebagai translator dalam program bersama pelajar-pelajar Jepun nanti. Saudari Nadiah, graduan dalam bidang Sains Komputer salah sebuah universiti di Tokyo adalah juga bekas pelajar MRSM dan juga merupakan junior abangraja di MRSM Pengkalan Chepa.

Kita masih memerlukan sukarelawan yang mahir dalam pelbagai bidang terutama bidang Broadcasting dan Video Editing, Graphic Design, web journalism, Creative Art dan Multimedia supaya kerja baik dapat dikongsi dan disebarkan sejauh mungkin bagi memupuk budaya tolong-menolong dalam masyarakat.

Hari ini juga Thirdforce menerima kunjungan Ustaz Syed selaku penyelaras thirdforce Perak yang bakal kita lancarkan secara rasmi pelancaran thirdforce Perak di Kompleks Pendidikan Manabiul’ulum Lekir pada 4 Mac nanti. Datanglah beramai-ramai keluarga besar thirdforce nanti ya …

Jommm kita jadi orang baik-baik
We are the THIRDFORCE
Together we are stronger

saya Hariri
menulis dari bilik media
thirdforce HQ

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *