home Volunteerism BERAT SAMA DIPIKUL RINGAN SAMA DIJINJING

BERAT SAMA DIPIKUL RINGAN SAMA DIJINJING

Laporan Kes En Abdul.Rahim b Harun

Susulan daripada siasatan dan pendedahan oleh 3rdForce PD pada 6 February lalu, Abg Rahim yang tinggal keseorangan sejak sekian lama dengan serba kekurangan tanpa bekalan air yang bersih ke rumahnya dan pelbagai masalah yang diluar kemampuannya untuk menyelesaikannya. Persekitaran dalam rumah yang kotor, rumah yang uzur , katil ,tilam yang rosak dan berbau menjadi temannya sejak sekian lama.

Sejak dari tarikh 6 February 2017, kami 3rdForce PD telah menghantar bantuan awal berupa barang-barang keperluan harian untuknya. Pelbagai sumbangan kepakaran daripada sahabat-sahabat 3rdForce PD yang membantu membaiki plumbing , membaiki wiring rumahnya, serta membersihkan rumahnya.

3rdForce PD juga telah membawa Abg Rahim ke Hospital Port Dickson untuk diberikan rawatan susulan dan laporan perubatan Abg Rahim telah dihantar ke Baitulmal, JKM untuk pengurusan bantuan. Alhamdulilah, Abg Rahim akan mendapat bantuan dari agensi terbabit.

19 Feb 2017, tarikh yang amat bermakna bagi Abg Rahim dimana 3rdForce NS bersama sukarelawan daripada Politeknik Port Dickson , anggota SW Corp PD dan sahabat-sahabat baik 3rdForce NS bersama-sama membersihkan rumah Abg Rahim. Komited, rajin dan fokus serta kasih sayang itulah yang mmbuat kerja gotong royong ini menjadi lebih ringan . Berat sama dipikul ringan sama dijinjing. Rumah yang dulu kotor, berbatu-batu dan berbau kini bertukar menjadi rumah yang bersih dan selesa untuk Abg Rahim. Katil, tilam, cadar, bantal, almari, peti ais, tikar getah dan sofa yang disumbangkan oleh orang baik telah disusun rapi dan tersusun oleh adik-adik sukarelawan dari Politeknik Port Dickson. Alhamdulilah, kini hidup Abg Rahim lebih bermakna dan terurus. Program Gunting Amal juga turut diadakan pada hari tersebut.

Syukur atas nikmatnya, berkat dari kerjasama dan bantuan dari semua pihak telah meringankan beban dan derita Abg Rahim. Kami 3rdForcePD akan terus memantau Abg Rahim.dari.masa ke semasa. Insya Allah..doakan kami…

Kepada yang membantu Abg Rahim, kami doakan moga anda dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur.

Saya Syed melaporkan

Dari Port Dickson

#jomjdorgbaikbaik

#The3rdForceNS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *