“Saya mungkin tidak hebat, tetapi dengan membantu orang lain jadi hebat, saya juga dapat rasai kehebatan”
20 Februari, Pasir Puteh – Saudara Latfy Anuar Latif merupakan Ketua Unit Media The 3rd Force. Beliau juga merupakan sahabat baik kepada abang raja sejak di zaman MRSM Pengkalan Chepa lagi. Lebih mesra dengan panggilan abg latfy atau Dr. Lat, beliau boleh dikatakan setiap minggu turun ke HQ 3rd Force di Pasir Puteh demi untuk membantu kita dalam kerja-kerja berkaitan media seperti penulisan dan fotografi.
Semangat dan kesabaran beliau dalam mengabdikan diri untuk membuat kerja-kerja sukarelawan telah banyak memberi inspirasi kepada sukarelawan lain terutama yang berada di HQ. Beliau juga bersama Dr. Red Bubbles (Saudara Iskandar) seringkali terlibat menghiburkan pesakit kanser kanak2 seluruh Malaysia.
Sikap beliau yang suka berkongsi ilmu dengan semua orang menjadikan beliau sangat di hormati di kalangan sukarelawan 3rd Force yang lain. Graduan dalam bidang arkitek dari University of Manchester yang juga seorang yang sangat di segani dalam industri seni kreatif dan multimedia di Kuala Lumpur ini sentiasa merendah diri dan menghormati orang lain menjadikan beliau antara orang paling rapat dan dekat dengan pengasas The 3rd Force.
Isu kos tambang pergi dan balik dari Kuala Lumpur-Kelantan, isu masa, ruang, tenaga, kesihatan, tidur di bilik gerakan dan pelbagai lagi tidak pernah menjadi alasan kepada beliau untuk terus menyumbang kepada kerja-kerja amal bersama 3rd Force.
Di saat orang lain berkira tentang duit dan kos untuk menyumbang kepada kerja-kerja kemanusiaan, beliau hadir tanpa meminta apa2 bayaran dan menyerahkan ilmu, kepakaran dan tenaga secara percuma untuk The 3rd Force . Hampir setiap minggu terbang dari KL ke Kelantan, mengikut ke mana sahaja program bantuan kemanusiaan thirdforce malah ke luar negara, melatih sukarelawan dlm bidang fotografi dan multimedia semuanya PERCUMA …
Ketua Unit Media dan Perhubungan Korporat thirdforce ini adalah inspirasi kepada kami semua sukarelawan thirdforce yang masih muda dan baru nak mengenal erti hidup. Ianya juga patut menjadi inspirasi untuk semua di luar sana untuk turut sama menjadi orang baik-baik dan menyebarkan gelombang kasih sayang ini ke serata dunia.
Jommm laa sertai saya, abang latfy, abangraja dan sukarelawan thirdforce yang lain.
Infaqkan kepakaran, ilmu dan apa saja yg kita mampu.
Kerana sesungguhnya … apa yang kita berikan itulah sebenarnya hak kita.
Insya Allah.
#jommjadiorangbaikbaik
#wearethe3rdforce
#togetherwearestronger
#ansaramalaysia
#ansarakb
#ambo92
Mohd. Safuan Mohamed Salehan
Sukarelawan Thirdforce
20 Februari 2017.
013-9617103