home Technology SHOOT PODCAST UNTUK JAWATAN KOSONG

SHOOT PODCAST UNTUK JAWATAN KOSONG

20 Februari 2017 – Perbincangan Abangraja dan sukrelawan THIRDFORCE diteruskan lagi pada hari ini untuk membincangkan status tugas yang telah diagihkan semalam dan juga beberapa perkara penting yang perlu diselesaikan segera.

Hari ini Ketua Sektor Media dan Perhubungan Korporat THIRDFORCE, Saudara Latfy turut bersama-sama di sini untuk membantu hal-hal berkaitan dengan media yang perlu disediakan untuk menyambut kedatangan deligasi daripada UUM bersama pelajar-pelajar dan juga pensyarah dari Universiti Kyoto di Jepun.

Kehadiran Saudara Latfy ke sini amat ditunggu-tunggu oleh semua sukarelawan, kerana beliau merupakan seorang yang suka berkongsi ilmu berkaitan seni kreatif dan multimedia dengan sukarelwan. Saudara Latfy, atau lebih mesra dipanggil Abang Latfy dianggap sebagai sifu atau guru oleh semua sukarelawan disini kerana beliau menjadi sumber rujukan apabila mempunyai masalah dalam hal berkaitan dengan multimedia.

Hari ini juga kita berkesempatan untuk shoot podcast berkaitan sikap segelintir fresh graduate dalam memohon pekerjaaan.
Topik yang dipilih pada hari ini berkaitan dengan post terbaru di facebook page Abangraja sendiri berkenaan dengan iklan pencarian bakat baru untuk mengisi kekosongan di GOLDEN MINDS GROUP dan Sukarelawan sepenuh masa THIRDFORCE di PASIR PUTEH, KELANTAN terutama dalam bidang berkaitan dengan penyunting video/video editor, perekabentuk grafik termasuk kerja-kerja multimedia dan fotografi.

Antara tip yang dikongsikan, “punctuality” iaitu tepati masa pada hari pertama temuduga. Kalau hari temuduga dah datang lewat ianya memberi persepsi sangat tak baik apatah lagi persaingan mendapatkan pekerjaan sangatlah sengit seiring dengan kadar pengangguran yang tinggi sekarang ini. Jadi “punctuality” pada hari temuduga adalah salah satu faktor yang amat penting dan dipandang serious oleh majikan.

Abangraja juga membezakan dua kategori mereka yang datang memohon pekerjaan samada nak kerja atau nak duit. Untuk itu kita perlu betulkan niat kita sebelum kita memohon sesuatu pekerjaan dan bagi yang sudah bekerja, kita perlu tukar balik mindset kita, supaya hati kita lebih ikhlas dalam mencari redha Allah setiap hari.

Sesungguhnya hidup ini satu perjalanan sementara menuju ke destinasi abadi.
Pekerjaan dan kerja-kerja kemanusiaan atau apa saja yang kita lakukan sepatutnya boleh mendekatkan diri kita dengan yang Maha Pencipta … bukannya menjadikan kita semakin jauh dengan Allah.

Jommm jadi orang baik-baik.
Sertai saya dan abangraja serta beribu sukarelawan thirdforce lain seluruh dunia.

WE ARE THE THIRDFORCE
TOGETHER WE ARE STROGER

Saya Mohd. Hariri
Dari bilik media
The 3rd Force
017-8678767
20/2/2017

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *