home Third Force THIRDFORCE BANTU ASNAF AZLINA

THIRDFORCE BANTU ASNAF AZLINA

Susulan lawatan kes di Ketereh yang di poskan malam tadi berkaitan seorang ibu miskin yang tidak mampu membeli susu untuk bayi serta makanan kepada anak-anaknya.

21.02.2017 Ketereh – Semalam kita mendapat maklumat mengenai seorang ibu yang sangat memerlukan bantuan untuk sesuap nasi dan juga bantuan untuk bayinya yang kehabisan susu.

Pagi ini sukarelawan thirdforce bergegas ke lokasi bagi melihat sendiri keadaan mereka. Semasa dalam perjalanan kami singgah untuk membeli sedikit barang-barang keperluan mereka berupa keperluan dapur .Kami sampai di rumah sewa beliau sekitar jam 12 tengahari. Masa ini suami beliau tiada di rumah untuk lakukan kerja2 kampung.

Ibu ini bersama suami dan 5 anaknya hidup dalam keadaan serba dhaif di rumah sewa di Kampung Padang Lembek Ketereh. Rumah yang didiami adalah rumah sewa dan sewanya telah tertunggak 4 bulan. Kesusahan yang mereka hadapi ini bermula semenjak suami dia hilang punca pendapatan bermula dari banjir baru-baru ini bilamana si suami tidak lagi dipanggil untuk bekerja sebagai buruh binaan.

Yuran persekolahan anak-anak dan yuran Tadika anaknya belum lagi mampu diselesaikan. Di samping itu anak-anaknya dan bayi kecil yang berumur 11 bulan anak bongsu ibu ini juga membesar tanpa zat makanan yang cukup dan si ibu dan ayah tak mampu untuk belikan bayi ini susu dan keperluan makanan yg mencukupi.

Kami melihat keluarga ini hidup di bawah paras kemiskinan dan berada dlm kategori miskin tegar yang perlu kita sama2 bantu. Kita belum pasti apa masalah lain yang mungkin ada namun siapalah kita untuk fikir yang bukan2.

Tugas kita adalah untuk sama2 memakmurkan bumi Tuhan dengan sama2 hulurkan bantuan sekadar yg termampu.

Jadi tindakan awal 3rd Force sebagai pemudah cara ialah kita akan rujuk kes beliau ini kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang berdekatan. Ibu ini dan kelkuarga ini dikatakan tidak pernah memohon sebarang bantuan dari JKM. Kita sudah ambil semua maklumat, k/p serta surat beranak mereka dan kita akan cuba untuk bantu uruskannya in Sha Allah.

Abangraja ketika dihubungi juga bersetuju untuk meluluskan bantuan segera pembayaran yuran sekolah anak-anak beliau serta sewa rumah yang tertunggak.

Kami tidak menjanjikan apa-apa pun kepada asnaf ini sekadar menghulurkan kasih sayang dan silaturahim serta akan cuba bantu apa yang sepatutnya.

Semua ini ujian Allah kepada kita kerana bukan orang miskin sahaja yang di uji malahan semua kita sekarang ini tengah di uji oleh Allah sama ada miskin,kaya,sakit,sihat,bodoh,pandai,tua atau muda dan macam-macam jenis lagi lah.

Itu semua ujian Allah kepada kita.

Semoga ibu ini dan kita semua dapat bermuhasabah diri dan banyakkn berdo … inshaAllah akan di buka jalan keluar daripada kesusahan.

Bersama saya kita perbaiki diri, ambil iktibar dari kisah-kisah masyarakat dan jommm jadi orang baik-baik. Teruskan bersama saya, abangraja dan beribu sukarelawan thirdforce seluruh negara.
PM ke inbox untuk sama-sama membantu.

Saya Adi
melaporkan dari Ketereh Kelantan
Sukarelawan Thirdforce
H/P :010-4328158

JOM JADI ORANG BAIK-BAIK

#the3rdForce
#togetherWeAreStronger
#JomJadiOrangBaikBaik

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *