23 Februari 2017 – Semalam Abangraja dijemput untuk memberi sedikit perkongsian pengalaman beliau mengetuai bantuan dari seluruh dunia dalam Bah Kuning 2014.
Peserta dalam sesi perkongsian, pelajar dan pensyarah dari Kansai University Jepun, pelajar universiti dari Indonesia dan juga dari Universiti Utara Malaysia (UUM) sebelum melawat ke tempat bencana banjir 2014 di Kg Karangan pagi tadi.
Mereka dalam siri lawatan untuk melihat dan ziarah asnaf serta menjalinkan kerjasama dua hala bersama THIRDFORCE dalam kajian pengurusan bencana. Sesi perkongsiaan di dikendalikan oleh Abangraja dan dibantu oleh 2 orang translator, Puan Junaidah dan Cik Nadiah yang fasih berbahasa jepun.
Dengan adanya translator, kita dapat memastikan pelajar dari Universiti Kansai daham apa yang disampaikan oleh Abangraja.
Menurut Abangraja, “malam ini kita hanya hendak berkongsi bukan mahu ajar cara kendalikan bencana. Sebaliknya, kita yang sepatutnya belajar dari masyarakat Jepun yang sudah biasa dengan bencana”.
Alhamdulillah, pensyarah dan pelajar yang hadir faham cara kerja THIRDFORCE. Semoga, kita hubungan yang tercipta kali ini berterusan pada masa akan datang.
We are the THIRDFORCE
Together we are stronger
Muhamad Hariri
Sukarelawan THIRDFORCE