home Volunteerism “LAGU MANO (BAGAIMANA) LA NUSI NANTI”

“LAGU MANO (BAGAIMANA) LA NUSI NANTI”

“Lagu mano (bagaimana) la Nusi Nanti”

25 Feb 2017, “lagu mano la (bagaimana) Nusi kalu (kalau) Moksu Takdok (tiada) nanti” itulah luahan warga emas Fatimah Binti Awang Kechik 70 tahun ketika ditemui dirumahnya pagi tadi.

Mohamad Nunsi Abdul Rahman atau Nusi adalah anak istimewa yang tinggal di Kg Gong Garu, Gaal Pasir Puteh Kelantan. Nusi ialah anak bongsu dan merupakan Orang Kelainan Upaya (OKU) Mental.

Sukarelawan THIRDFORCE dan Jabatan Kabajikan Masyarakat (JKM) Pasir Puteh hadir ke rumah Nusi untuk bersama-sama bergotong-royong membersihkan rumahnya.

Ketika sukarelawan sampai ke rumah Nusi, keadaannya tidak terurus. Oleh kerana itu, sukarelawan telah memandi dan memberi pakaian untuk Nusi.

Di akhir pertemuan, Mok Su berharap akan ada seseorang yang mahu menjaga Nusi sekiranya beliau tiada satu hari ini.

“Mok Su harap satu hari nanti, ado (ada) ore nok jago (orang mahu menjaga) Nusi Kalu (kalau) Mok Su meninggal nanti.”.

Gotong royong bermula jam 9.30 pagi dan berakhir jam 2.30 petang. Kita berharap lebih ramai anak muda menyertai aktiviti sebegini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *