home Construction SUSULAN KES FATIMAH BT AWANG KECHIK

SUSULAN KES FATIMAH BT AWANG KECHIK

26 Feb (Pasir Puteh) – Susulan daripada kes semalam mengenai Fatimah bt Awang Kechik (Moksu) di Kg Gong Garu, Pasir Puteh, sukarelawan THIRDFORCE hari ini sekali lagi turun bersama pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) ke rumah Mok Su dengan membawa tilam dan kelambu untuk keselesaan mereka.

Kunjungan kita hari ini juga disertai oleh saudara Abang Lan (Azlan Hafeedz) dari Harian Metro yang sentiasa bersama thirdforce dari awal kita gerakkan kerja-kerja kemanusiaan ini sejak 2 tahun yang lepas. Turut sama bersama kita hari ini pemimpin setempat Cikgu Yuganu, wakil Majlis Daerah Pasir Puteh (MDPP) yang datang bersama ‘backhoe’ membersih halaman rumah mak su dan juga Penghulu Mukim Tawih Gaal Tuan Saiful Zalizan.

Kita sangat berbesar hati apabila di maklumkan oleh JKM untuk bersama-sama membantu asnaf. Keterbukaan pihak JKM dalam sama-sama membantu mereka yang memerlukan adalah satu perkongsian pintar yang memanfaatkan ramai asnaf. Di Perlis, Thirdforce di lancarkan besar-besaran bersama Jabatan Kebajikan Masyarakat Perlis. Kita bergerak seiring dengan agensi-agensi berkaitan dalam usaha untuk bersama-sama membeli saham akhirat masing-masing.

Pihak JKM bersama para pegawai yang positif pastinya akan membuka pintu kerjasama dengan sesiapa sahaja kerana ada seringkali berlaku keterbatasan klausa tertentu yang menjadikan bantuan tidak dapat di salurkan secara rasmi. Justeru itu, THIRDFORCE hadir untuk membantu.

Hari ni juga ramai yang turun untuk sama-sama membantu dengan semangat yang positif. Ada banyak kes-kes terpencil asnaf yang memerlukan bantuan. Kitalah yang perlu ketengahkan agar bantuan dapat di salurkan dengan cepat tanpa banyak protokol dan birokrasi. Semuanya kerana satu sahaja iaitu hendak kumpul saham akhirat masing-masing. Hentikan cari salah sesiapa, tuduh menuduh dan sebagainya sebab ianya tidak mengubah apa-apa.

Hari ni, THIRDFORCE meluluskan bantuan segera untuk Mak Su untuk baiki paip dan membaiki tandas, insyaAllah hendak masuk  kipas, cat rumah kalau boleh, tilam satu lagi dan jadualkan sukarelawan untuk program bulanan bersama Moksu … Tuan-tuanlah yang jadikan usaha ini satu kenyataan. Bantulah kami untuk bantu mereka.

Kita cukup gembira hari ini bila mana ramai hadir memberi sokongan dan bantuan kepada Mok Su. Kita berharap agar lebih ramai orang diluar sana bersama-sama turun memberi semangat kepada Mok Su dan anaknya.

#jommjadiorangbaikbaik

#wearetheTHIRDFORCE

#Togetherwearestronger

Laporan oleh Affifuddin

Sukarelawan THIRDFORCE.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *