home Volunteerism TIDAK PERNAH MENGELUH

TIDAK PERNAH MENGELUH

6 Februari, RnR Temerloh – Perjalanan menuju ke Pasir Puteh masih lagi jauh. Jalan raya yang tidak pernah sunyi dengan knderaan, ada yang laju, ada yang perlahan, dan ada yang mengamalkan pemanduan santai. Pelbagai ragam manusia dapat dilihat sepanjang perjalanan menuju ke Kelantan dari Shah Alam.

Saya dan Hariri antara yang kerap mengikuti Abangraja Travel ke seluruh malaysia. Tempoh bekerja selama hampir 2 tahun sebagai staff Golden Minds dan sukarelawan 3rd force sepenuh masa telah banyak mengajar kami erti kehidupan dan mendapat pangalaman yang tidak ternilai.

Di saat kami merasakan tempoh dua tahun telah banyak cabaran dan dugaan yang kami lalui, kami terbayangkan semangat Abangraja yang telah hampir dua dekad travel ke seluruh malaysia untuk menyebarkan rasa kasih sayang ini.

Dugaan, halangan, kepenatan, wang, tenaga dan bermacam lagi tidak pernah menjadi halangan kepada beliau untuk terus mengajak orang lain menjadi baik dan memberi inspirasi kepada pelbagai lapisan masyarakat.

Menempuh perjalanan yang jauh, berdiri sebelah kaki ketika berceramah, sering berjauhan dengan keluarga terutama bonda beliau demi untuk membina insan yang mulia dan berguna, segala usaha Abangraja telah melahirkan satu gelombang orang baik-baik. Satu keluarga besar di namakan The 3rd Force.

Jomm kita sama-sama sertai gelombang ini. Kita luaskan lagi gelombang orang baik-baik ini agar kita dapat sebarkan rasa kasih sayang sesama kita ini sejauh mungkin.

Sertai abangraja, saya, hariri dan beribu lagi sukarelawan 3rd force seluruh tanah air. Kita bantu orang lain dengan cara kita masing-masing. Bab kata abang latfy big boss unit media thirdforce dan juga schoolmate abangraja … “Bantu orang lain jadi hebat dan kekal hebat adalah juga sebahagian dari kehebatan tersebut”.

LANCARKAN THIRDFORCE DI KAWASAN MASING-MASING, DI SEKOLAH / IPT / ORGANISASI MASING-MASING

Tanpa protokol

Tanpa birokrasi

Tanpa borang keahlian

Tanpa publisiti

Jomm jadi orang baik.

Saya Safuan

0139617103

Lebuhraya LPT

#jommjadiorangbaikbaik

#wearethe3rdforce

#togetherwearestronger

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *