home Third Force “BUKAN KEHENDAK KAMI”

“BUKAN KEHENDAK KAMI”

28.02.2017 Gong Garu-Mungkin itulah luahan yang terpendam di hati seorang Makcik Tua yang tinggal bersama seorang anaknya yang kurang upaya(OKU).

Kisah Fatimah Awang Kechik atau lebih di kenali sebagai Mok Su dan anaknya yang bernama Nunsi(OKU)telah mendapat perhatian daripada pelbagai pihak antaranya Jabatan Kebajikan Masyarakat Pasir Puteh (JKM) dan Thirdforce (NGO).

Hari ini saya(sukarelawan) berkesempatan menziarahi Mok Su dan Nunsi dengan tujuan untuk melihat dengan mata sendiri keadaan nasib dua beranak ini.

Saya terkejut dan dengan perasaan yang bercampur baur selepas melihat keadaan mereka.Hati tertanya-tanya bagaimanakah seorang Makcik Tua yang sudah kehabisan kudrat serta kabur penglihatan dan seorang anak yang kurang upaya mental dapat mengurus diri mereka setiap hari.Dengan keadaan mereka yang sedemikian tentu sukar untuk mereka kan..

Saya terdiam sejenak…

Hati pun terus berbisik “ini semua ujian Allah untuk Mok Su dan ujian juga bagi saya dan kita semua.Mungkin mereka ini juga asbab kita untuk mendapat ganjaran syurga.
Allahu Robbi..

ayoh jom sama-sama kita membantu dengan setakat kemampuan kita.kerana bukan duit sahaja yang boleh buat kerja kebajikan tuan-tuan.Sumbanglah dengan apa yang kalian ada sama ada tenaga ke,idea dan macam-macam lagilah cara kita boleh buat kebajikan.

Kalau semua itu kita tidak mampu juga…

Maka jalan terakhir berDOAlah tuan-tuan. sumbangkanlah doa-doa kita agar para asnar,sukarelawan,penderma dan semuanya memperolehi rahmat Allah SWT..

Aamiin…..

Jom bersama saya dan beribu lagi sukarelawan di seluruh Malaysia untuk sama-sama memakmurkan bumi Tuhan ini dengan penuh kasih dan sayang..

JUNAIDI AMIR HAMZAH
Sukarelawan 3rdForce

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

The people from Rich Mille informed me that fake richard mille this bezel is actually corrosion-proof, exceptionally inflexible and also very resistant to impacts.