home Third Force ZIARAH MOKSU DAN NUNSI DI KG.GONG GARU.

ZIARAH MOKSU DAN NUNSI DI KG.GONG GARU.

28 feb 2017-Pasir Puteh, hari ini sukarelawan THIRDFORCE seramai 5 orang pergi membeli barang-barang keperluan rumah untuk maksu hasil sumbangan orang ramai. Barangan yg di beli adalah seperti tilam, kipas, rak pinggan dan lain-lain.

Selesai membeli semua barang keperluan, sukarelawan terus ke rumah Moksu yang disambut oleh ketua kg. Gong Garu iaitu En. Saiful dan Puan Aida.

Para sukarelawan juga turut memasang tikar getah kerana sebelum ini rumahnya hanya beralaskan lantai sahaja. Kita perlukan tikar plastik, selimut, makanan kesihatan dan vitamin serta juga langsir.

InsyaAllah abangraja dah luluskan bantuan maksimum utk kes maksu ni. Kita akan cuba lah setakat yg termampu.

Melihat keadaan Moksu yang semakin tidak larat untuk mencuci pakaian, dan berjalan akibat sakit lutut, kami membawa pakaiannya untuk dihantar ke dobi. Rasanya kita boleh belikan mesin basuh semi auto utk maksu. Sukarelawan yg datang utk home volunteering setiap minggu boleh bantu …

Terima kasih kepada penyumbang dan semua warga THIRDFORCE kerana sama-sama membantu keluarga ini. Semoga Allah sahaja yang mampu membalasnya.

Keluarga ini perlu dibantu secara berterusan dan perlukan “home help” untuk memantau Moksu dan Nunsi. Moksu tidak mampu buat apa -apa lagi kerana matanya yang semakin kabur.

Doakan ya. Berminat utk turut serta?

Jommm laaa … Anytime …

Bak kata abangraja kita kan family …

Laporan Ahmad AFFIFUDDIN

Sukarelawan THIRDFORCE.

Kg Gong Garu

Pasir Puteh

Kelanran.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *