home Third Force 40 TAHUN BERPISAH

40 TAHUN BERPISAH

Salam semua apa khabar hari ni? Pagi tadi hujan lebat sangat cuaca gelap macam nak banjir kat sini. Tapi sekarang dah cerah … matahari dah mula kelihatan.

Masih ingat kisah Kak La ibu tunggal bersama 3 anaknya di kg tualang kuala krai yang hilang arah tuju di sebabkan penempatan sementara yang beliau duduki terpaksa di serahkan semula kepada pemilik tanah hujung tahun lepas? Thirdforce hadir membantu dan Kak La di akhirnya kita berikan sebuah unit rumah kekal untuknya dan anak-anak berteduh.

Kisah Kak La pernah diviralkan dalam media tempatan bagaimana beliau yang diceraikan suami hilang tempat bergantung. Rumah bantuan kerajaan yang dijanjikan oleh kerajaan di buat atas nama suami maka bila si suami ceraikan Kak La, Kak La tak ada rumah untuk berteduh. Perumahan sementara yg mereka duduk itu pula dibina oleh NGO dengan sewaan sementara tunggu rumah bantuan kerajaan siap.

Semuanya jadi sangat tak adil bagi ibu tunggal yang menjadi mangsa keadaan itu. Apatah lahi nasib 3 anak-anaknya yang masih bersekolah.

Kisah Kak La akhirnya telah menarik perhatian seorang follower facebook saya yang mana rupa2nya adik kandung Kak La yang terpisah sejak kecil hampir 40 tahun lamanya. Saya dihubungi oleh adik kandung beliau yang berada di luar kelantan menyatakan rasa sayu dan hiba kerana pencariannya selama ini dan doanya dimakbulkan Allah.

Pagi ini adik beradik ini bakal dipertemukan di perumahan thirdforce batu balai … Sukarelawan kita akan menemani mereka.

Syukurlah atas persahabatan dan kesatuan hati-hati kita keluarga besar thirdforce. Semoga Allah sentiasa merahmati usaha kita untuk mengajak semua orang jadi orang baik-baik ini.

InsyaAllah …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *