home Medical RAWATAN MOK SU

RAWATAN MOK SU

02.03.2017 Hospital Tengku Anis(HTA)-Pada jam 5.30 Mok Su selesai menjalani rawatan dan boleh balik ke rumah.Doktor mengesahkan Mok Su tidak demam cuma kekurangan air sahaja.Air sudah di masukkan ke dalam tubuh Mok Su, faktor kekurangan air ini yang menyebabkan beliau lesu dan menjadi lemah tiga hari lalu.

Sampai di rumah Mok Su sekitar jam 6.00 petang. Kami bertungkus lumus menguruskan Mok Su dan Nunsi, dari segi makan dan minum mereka. Selesai semua itu, Iwan bantu Mok Su makan ubat yang doktor berikan. Selepas itu saya pun angkat Mok Su ke biliknya untuk berehat.

Setelah selesai semuanya, kami bergerak balik sekitar jam 7.00 petang memandangkan keadaan semakin gelap. Semasa hendak keluar dari rumah Mok Su, kami berasa berat hati hendak meninggalkan mereka..

Agak-agaknya bagaimanalah keadaan mereka sebelah malam nanti. Sangat mmbimbangkan kami apabila Mok Su hendak ke tandas, beliau hanya mampu meraba-raba dinding untuk ke tandas..Ya Allah…..

Kita doakanlah untuk Mok Su dan Nunsi semoga semuanya Allah permudahkan bagi mereka.

Aminn….

Laporan dari Adi

(Sukarelawan 3rdForce)

Hospital Tengku Anis(HTA)

Pasir Puteh

Kelantan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *