home Third Force TERUJA BUAT KALI PERTAMA

TERUJA BUAT KALI PERTAMA

2 Mac 2017, Kedai Gunting Sri Aman. Petang ini sukarelawan Adi telah membawa Moksu untuk mendapatkan pemeriksaan kesihatan di Hospital Tengku Anis Pasir Puteh. Melihat anak Moksu iaitu Nunsi kelihatan tidak terurus, kami membawa beliau ke kedai gunting.

Semasa menaiki kereta, Nunsi menunjukkan muka yang begitu gembira. Mungkin agaknya beliau sangat teruja menaiki kereta

Sesampainya Di kedai gunting, Nunsi terus duduk diatas kerusi. Melihat reaksi beliau kadang-kadang lucu juga Nunsi ini.

Allah telah menemukan orang baik baik. Kami terkejut bilamana hendak membayar, pemilik kedai gunting itu tidak mengenakan bayaran. Beliau mahu bersama-sama dalam kerja kemanusiaan ini dan berharap kita dapat kunjungi lagi kedai beliau nanti. Subhanallah. 😢😢

Disini dapat saya simpulkan bahawa, Nunsi sebenarnya perlukan perhatian. Walaupun beliau seorang yang tidak seperti orang lain namun beliau mungkin asbab untuk kita Sana Nanti.

Terima kasih pemilik kedai gunting Gommo’s Barbershop Sri Aman, terima kasih penyumbang, terima kasih warga besar THIRDFORCE kerana sama-sama memberi keceriaan kepada Nunsi dan Moksu.

#jommjadiorangbaikbaik
#wearetheTHIRDFORCE
#TOGETHERWEARESTRONGER
#JKMPASIRPUTEH.

Laporan Ramadan
Sukarelawan THIRDFORCE
Kedai Gunting
4.30pm

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *