home Construction THIRDFORCE TERIMA BACKHOE

THIRDFORCE TERIMA BACKHOE

05.03.2017 (Sabak Bernam) -Hari ini sukarelawan kita singgah ke Sabak Bernam, Selangor untuk berjumpa Saudara Nizar bagi urusan penerimaan sebuah jentera berat (Backhoe) yang di infaqkan sepenuhnya kepada Thirdforce.

Beliau ialah di antara orang yang selalu menyokong penuh dalam gerak kerja kemanusian Thirdforce. Sepanjang Abang Nizar mengikuti perkembangan Thirdforce, Alhamdulillah Allah telah memilihnya untuk menyumbang sebuah Backhoe(jentera sodok pasir) bagi kegunaan kami sekiranya ada kerja-kerja 3rdForce yang melibatkan Insfraktruktur.

Kebetulan kami sangat memerlukannya untuk kerja2 pembinaan dan pembersihan di kawasan musibah dan juga di tapak pembinaan rumah asnaf. Allah maha kaya dan maha merancang, salah seorang sukarelawan kita iaitu saudara Fariq yang telah lama berkhidmat bersama abangraja adalah seorang yang ada lesen mengendalikan jentera ini.

Beliau adalah seorang anak muda yang sebelum ini sanggup ambil cuti tanpa gaji satu masa dahulu semata-mata untuk belajar memandu dan mengendalikan Backhoe di Akademi Binaan Malaysia. Siapa tahu rupa2nya Allah sudah ada perancangannya untuk beliau, abangraja dan thirdforce.

Jalan cerita ini juga menambahkan keyakinan kami untuk terus bersama abangraja, bertalaqi bersama beliau dan menjunjung perjuangan untuk mengajak orang ramai jom jadi orang baik-baik. Terlalu banyak keajaiaban yang Allah sediakan untuk perjuangan ini dan hanya yang menyertainya sahaja yang dapat melihat dan merasainya.

Hari ini Fariq, Ali dan beberapa lagi sukarelawan kita bertemu mata dengan saudara Nizar bagi membincangkan lebih lanjut pasal Backhoe tersebut yang akan di bawah ke Kelantan. Sebelum ini kami hanya mengenali abang nizar hanya di alam maya sahaja.
Kunjungan kita ke Sabak Bernam juga untuk urusan pindah milik Backhoe tersebut serta sebagai tanda ucapan terima Kasih kami kepada beliau.

Abang Nizar menjemput kami ke rumahnya yang turut disertai jamuan makan. Layanan beliau memang begitu mesra memperlihatkan hati budi dan perwatakan beliau yang baik hati dan pemurah.

Sedikit masa lagi kita akan menguruskan jentera loader untuk proses penghantaran backhoe tersebut ke Kelantan.

Jom sama-sama kita doakan Semoga Allah merahmati Abang Nizar sekeluarga serta di murahkan rezeki.

Aamiin…

Laporan dari Adi
Sukarelawan 3rdForce
Sabak Bernam
Selangor

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *