home Volunteerism INFAK TENAGA UNTUK MOK SU

INFAK TENAGA UNTUK MOK SU

06.03.2017 Gong Garu: Hari ini para sukarelawan THIRDFORCE pergi melawat Mok Su dan Nunsi sambil menginfakkan tenaga masa muda mereka untuk membersihkan semula rumah Mak Su yang telah beberapa hari tidak terurus.

Pada sebelah pagi Iwan (sukarelawan) pergi ke Farmasi Hospital Tengku Anis Pasir Puteh untuk mengambil ubat Mak su.Menurut Dr Nawawi salah seorang pegawai perubatan (HTA) menyatakan bahawa antibody Mak Su kekurangan garam dan antara ubat yang diberikan ialah vitamin, antibiotik dan garam untuk badan.

Mok Su menunjukkan reaksi yang positif.Keadaannya hari ini lebih ceria dan bertenaga berbanding sebelum ini.

Seorang Ibu Tunggal yang mesra dengan panggilan Kak Dah sering kali ulang-alik dari rumahnya untuk mengurus makan dan minum Mak Su dan Nunsi,sudah hampir 3 tahun beliau mengurus mereka.kak Dah bukan orang yang diketegori orang yang senang.Tok Penghulu mengamanahkan beliau untuk menjaga makan dan minum Mok Su dan Nunsi hasil sumber daru duit bantuan bulanan Mok Su yang akan di urus untuk keperluan harian Mok Su dan Nunsi.

Kak Dah ini bukannya saudara mara terdekat Mok Su.Mereka hanya berjiran sahaja.Tapi semua yang Kak Dah lakukan itu atas dasar tanggungjawab sebagai saudara seislam.kak Dah ada 3 orang anak yang masih bersekolah lagi dan bagi menampung serta menyara perbelanjaan anak-anaknya.Kak Dah membuka sebuah kedai runcit kecil secara kecil-kecilan sahaja.

MasyaAllah…..

Kami hanya mampu mendoakan untuk Kak Dah Semoga Allah merahmatinya dan memberkati rezekinya.

Aaminn…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *