home Volunteerism MOKSU DAN NUNSI KINI TINGGAL BERSAMA KAKAKNYA

MOKSU DAN NUNSI KINI TINGGAL BERSAMA KAKAKNYA

10 Mac 2017, Sebelum solat jumaat tadi sempat membawa penyumbang dari Kota Jembal menziarahi Moksu dan Nunsi Di kg gong Garu Gaal.

Kebetulan pagi ini anak Moksu iaitu Alias dan Aliya datang untuk membawa beliau dan Nunsi tinggal bersama-sama mereka.

Moksu mempunyai 4 orang anak, 3 orang daripadanya hasil perkongsian dengan suaminya pertama. Manakala Nunsi merupakan anak daripada suami Moksu yang kedua.

Sebelum ini anak sulung Moksu pernah melawat dan mengajak untuk tinggal bersama mereka. Moksu menolak kerana tidak mahu meninggalkan rumahnya.

Tambahnya lagi, Alias mengetahui kisah ibu dan adiknya melalui Facebook Abangraja dan surat Khabar Harian Metro. Kedua-dua anak Moksu membuat keputusan untuk menjaga secara bergilir-gilir.

Moksu dan Nunsi merupakan Asnaf yang pihak THIRDFORCE dan JKM bantu membersihkan rumahnya satu ketika dahulu.

Sukarelawan THIRDFORCE hari ini membawa dan mengangkat barang-barang keperluan Moksu untuk dipindahkan kerumah anaknya.

Terima kasih kepada semua yang membantu keluarga ini. Semoga Moksu dan Nunsi sihat selalu.

MISSION ACCOMPLISHED

Laporan Ramadan
Sukarelawan THIRDFORCE
Kg Sri Kemunting, Kuala Besut.

#jommjadiorangbaikbaik
#the3rdforce

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *