home Volunteerism SATU PARADIGMA BARU PROGRAM MOTIVASI

SATU PARADIGMA BARU PROGRAM MOTIVASI

10 Mac 2017 – Hari ini Abangraja dijemput ke UIAM Gombak untuk berkongsi pengalaman beliau dalam bidang kesukarelawanan. Tajuk perkongsian hari ini “Volunterism : Building Character or Astonishing Resume”. Abangraja diminta menyentuh soal penglibatan pelajar Universiti dalam misi kesukarelawanan.

Berbekalkan pengalaman hampir 16 tahun sebagai motivator dan 3 tahun sepenuh masa dalam kerja-kerja kemanusiaan mengasaskan thirdforce dan menyebarkan gelombang mengajak orang ramai jadi orang baik2 ini, Abangraja berkongsi pengalaman dengan peserta yang hadir pada hari ini bagaimana gelombang ini boleh kita sama2 sebarkan.

Antara peserta yang hadir terdiri daripada  mahasiswa dan mahasiswi UIAM, UniKL, persendirian dan Institusi pengajian lain. Seminar ini diselia oleh pensyarah UIAM iaitu Dr Azrul.

Sesi perkongsian ini diadakan bertujuan untuk memupuk semangat kesukarelawan dalam diri mahasiswa yang kian merosot dewasa ini.

Melalui perkongsian ini, Abangraja berharap agar gelombang Jom Jadi Orang Baik-baik dapat diwujudkan dalam kalangan pelajar khususnya UIAM.

Abangraja mengajak peserta yang hadir untuk turut sama membantu dalam misi kemanusiaan. Walau bagaimanapun, pembelajaran di Universiti perlu menjadi keutamaan.

Selain itu, aktiviti kesukarelawanan adalah satu “x factor” kepada pelajar apabila tamat sesi pembelajaran di Universiti.

Semoga semua peserta mendapat manfaat dari sesi perkongsian oleh Abangraja selama 2 jam pada hari ini.

Saya Ridzuan melaporkan
UIAM Gombak

#JomJadiOrangBaikbaik
#UIAMGombak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *