home Columns NASI LEMAK UNTUK MAK

NASI LEMAK UNTUK MAK

Pagi ni tanya mak nak sarapan apa. Mak kata nak nasi lemak. Seawal pukul 7 terus pecut ke kedai kopi kat kampung ni untuk beli sarapan. Dah seminggu rasanya sibuk tak berkesempatan untuk beli sarapan untuk Mak.

Bila outstation mak tak suka mintak staff saya belikan dia sarapan. Bagi Mak biarlah masa saya ada kat rumah barulah saya belikan. Dia tak nak susahkan staff saya. Tak nak susahkan sesiapa.

Sampai je kedai makan pagi tadi ramai pulak kawan-kawan yang tegur sebab lama tak nampak kata mereka. Orang- orang tua kawan2 arwah abahpun tegur dan ajak minum sama2. Tak sanggup nak tolak. Duduklah sembang2 tu sampai terlupa pulak Mak pesankan nasi lemak.

Subhanallah …

Terus pecut balik rumah dan tengok Mak sedang tunggu atas bangsal kat depan rumah. Hati jadi sebak dan rasa bersalah sangat. Terus peluk Mak dan layan Mak berbual.

Mak ngadu badan selalu rasa lenguh-lenguh. Terus picit-picit badan mak sekejap tadi. Mak dah tak larat nak buat kerja berat katanya. Selalu kena sakit Medu atau angin (Gastrik). Mungkin sebab dulu miskin selalu tahan lapar … anak-anak ramai yang tengah membesar. Sekarang terbawa-bawalah sakit medu tu. Mak tak boleh makan lambat, makan pedas dan tak boleh sejuk.

Apa ya makanan tambahan yang sesuai untuk saya belikan untuk Mak. Vitamin ke atau apa-apa sajalah. Kalau ada yang bagus bagi tahu ya … kongsikan ya saya nak beli. Umur Mak dah 63 tahun tahun ni.

Whatsapp saya 017-3872232

Terima kasih.

Jommm jadi orang baik-baik

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *