home Construction ASNAF AYAH MAT

ASNAF AYAH MAT

12 Mac 2017, Petang ini abangraja dan 2 orang sukarelawan THIRDFORCE telah melawat seorang asnaf yang daif di Kg jeram Telipot, Pasir Puteh. Kami tiba sekitar jam 6.45 petang hasil dari maklumat yang di terima dari orang ramai.

Allahuakbar sayu dan menahan sebak apabila melihat keluarga Ayah Mat 76 tahun dan isteri Siti Fatimah Binti Che Mat 70 tidur dengan suasana rumah yang amat tidak selesa.

Ayah Mat mempunyai seorang Anak Kelainan Upaya (OKU) iaitu Mazlin bt Mat 32 tahun.

Mereka tinggal Bertiga dirumah tanpa elektrik, tanpa kipas, kelambu serta ruang rumah yang sempit.

Lebih menyedihkan lagi apabila hujan turun keluarga Ayah Mat terpaksa tidur berlapikkan titisan air hujan kerana atap rumahnya bocor.

Ayah Mat dan anak oku Mazlin menerima bantuan daripada Jambatan Kebajikan Masyarakat (JKM) berjumlah 300 sebulan.

Ayah Mat telah membina rumah sedikit demi sedikit setakat ada dui t, rumah tersebut terbengkalai selama 4 tahun.

Kita keluarga besar THIRDFORCE bercadang untuk membantu menyiapkan rumah Ayah Mat ini supaya mereka dapat hidup dengan lebih selesa sebelum bulan Ramadan menjelma.

Ayuh sama-sama membeli saham Akhirat masing-masing disini.

Laporan oleh Ramadan
Sukarelawan THIRDFORCE (013-2747858)
Kg Jeram Telipot, Pasir Puteh

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *