12/03/2017-Sejak kebelakangan ini, kita sering dengar masalah yang berkaitan dengan orang tua. Sama ada yang terabai atau diabaikan oleh anak-anak.
Setiap kali masalah ini timbul, masyarakat kita sangat cepat menghukum dan menuding jari kepada orang lain tanpa terlebih dahulu selidik punca sebenar.
Sepanjang pengalaman saya sebagai sukarelawan, belum ada lagi anak-anak yang sengaja mengabaikan ibubapa mereka khususnya di Kelantan. Setiap yang berlaku pasti mempunyai sebab dan alasan tersendiri.
Dalam kes Moksu, saya dan sukarelawan lain sendiri menghantar Moksu ke rumah anaknya. Hidup mereka juga serba kekurangan dan hanya tinggal dirumah sewa. Dalam kesibukan mencari nafkah, mereka mungkin lambat mendapat khabar berita mengenai ibunya.
Riak wajah En. Alias (anak sulung Moksu) semasa perbualan bersama kami,beliau seakan terkesan dengan sikapnya yang mungkin terlalu sibuk bekerja. Malah, dia menyangka ibunya masih sihat kerana sebelum ini pelawaan dia untuk mengajak ibunya tinggal bersama ditolak.
Alias bekerja sebagai tukang rumah dengan kesihatan isterinya yang tidak menentu terpaksa berulang alik ke hospital menyebabkan mereka tidak sempat menjenguk Moksu
Laporan oleh Afifudin
Sukarelawan THIRDFORCE
Sri Aman, Pasir Puteh.