home Volunteerism “LAYAKAN DIRI ANDA”S

“LAYAKAN DIRI ANDA”S

12 Mac, Pasir Puteh – Ali baru balik dari membuat pendawaian di rumah asnaf bersama adiknya Arif. Hariri dan Iwan baru pulang dari Kota Bharu menyelesaikn masalah kereta Abangraja yang retak cermin bahagian hadapan baru-baru ini, Safuan pula menjemput Abang Latfy di Airport Kota Bharu.

Kelihatan suasana di pejabat Golden Minds sedikit berbeza harini, tampak lebih ceria dan bersemangat. Ali dengan rambut barunya, hariri dengan rambut yang lebih kemas, safuan yang baru siap gunting rambut. Ramadan dan Afifuddin pula tampil dengan imej berambut pendek yang sentiasa menjadi pilihan mereka.

Abangraja sentiasa mementingkan imej sukarelawan- sukarelawan 3rd force supaya sentiasa berambut pendek dan kemas, berpakaian kemas, tingkah laku yang baik dan pelbagai lagi.

Mungkin ramai yang tidak perasan atau mengambil berat tentang imej atau perwatakan kita, terutamanya fesyen rambut. Kita kadang kala terlalu mengikut sesuatu itu kerana kita bimbang dikatakan ketinggalan zaman.

Adalakalanya fesyen rambut kita itu terlalu “up to date”, sampaikn kita tidak sedar kita kelihatan seperti orang yang ganas atau jahat. Bayangkan kita pergi berjumpa dengan asnaf dengan rambut merah biru hijau atau kuning, rambut “punk” atau sebagainya, boleh jadi asnaf sendiri jadi tidak yakin atau takut dengan kita.

Kita sering memerhati orang hebat-hebat mempunyai perwatakan yang hampir sama. Gaya pakaian, gaya bercakap, malahan gaya rambut pun hampir sama. Oleh itu kalau kita mahu berjaya atau mendapat sesuatu yang kita hajati, kita perlu melayakkan diri kita.

Potong rambut gaya orang baik-baik, bercakap baik-baik, dan bersahabat dengan orang baik-baik. Jomm kita jadi orang baik-baik. Semoga dengan sedikit ihsan dari Allah kita mencapai apa yang kita semua hajati setelah berusaha melayakkan diri kita semua.

Insya Allah…

Perkongsian dari Safuan
Sukarelawan 3rd Force
Pejabat Golden Minds

#jommjadiorangbaikbaik
#wearethe3rdforce
#togetherwearestronger

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *