home Religion BELINDAN KUBUR UNTUK ARWAH PAK LAH

BELINDAN KUBUR UNTUK ARWAH PAK LAH

13 Mac 2017. Petang ini sukarelawan pergi menanda kayu dikubur Pak Lah. Tujuannya untuk memudahkan orang yang mahu memasang belindan tahu lokasi kubur arwah. Di sebalik kesibukan kerja-kerja hakiki. Para sukarelawan ini masih diberi keizinan oleh Allah untuk menziarahi kubur arwah Pak Lah.

Walaupun hanya sekejap, kami seakan semakin bersemangat. Bersemangat melakukan kerja-kerja sukarelawan. Tiada apa yang mampu kami infakkan melainkan tenaga di waktu usia muda kami.

Kenangan bersama Pak Lah makin segar di ingatan kami. Terasa baru semalam beliau bergurau senda bersama kami. Kini sudah hampir 3 bulan arwah pergi, kata-kata nasihat daripadanya tersemat di hati kami.

Masih banyak lagi perkara yang perlu dilakukan, tanpa sokongan kuat dari anda di luar sana kami mungkin tidak mampu melakukannya sendiri.

Di sini kami terpanggil untuk bersama dan mengajak lebih ramai lagi untuk menjadi orang baik-baik.

Laporan oleh Ramadan
Sukarelawan THIRDFORCE
Tanah Kubur Permatang Gading

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *