home Volunteerism JOM TUKAR AIR MATA KEPADA SENYUMAN

JOM TUKAR AIR MATA KEPADA SENYUMAN

15 Mac 2017- pagi ini, para sukarelawan ke rumah Moksu di Kg. Gong Garu untuk mengangkat barang-barang dan dipindahkan ke rumah anaknya.

Perjalanan ke rumah anaknya di Kuala Besut mengambil masa lebih kurang 45 minit. Setibanya kami di sana, Nunsi seperti sudah mengenali kami. Keadaan dia kini tampak semakin terurus.

Hati ini agak terhibur melihat kerenah Nunsi. Tidak pernah berhenti senyum walaupun hanya sekali sekala mengeluarkan sepatah dua kata.

Manakala,Moksu pula sedang tidur. Niat hati untuk bersembang dan bertanya khabar terbantut. Tidak sanggup kami untuk menggangu tidurnya. Mungkin ada masa lapang nanti kami akan menziarahinya lagi.

Terima kasih kepada Abangraja, penyumbang dan semua keluarga besar THIRDFORCE kerana membantu keluarga Moksu dan Nunsi daripada air mata kepada senyuman.

MISSION COMPLETE

Laporan oleh Ramadan

Sukarelawan THIRDFORCE

Kg Sri Kemunting Kuala Besut

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *