home Volunteerism GOTONG ROYONG KLINIK VETERINAR

GOTONG ROYONG KLINIK VETERINAR

PASIR PUTEH, 16 Mac- Pagi ini berlangsungnya gotong-royong membersih bangunan lama klinik veterinar untuk dijadikan pusat kegiatan kanak-kanak.

Program yang dianjurkan Jabatan Kebajikan  Masyarakat, JKM di bawah Pasukan Pelindung Kanak-Kanak, PPKK itu turut disertai oleh Majlis Daerah Pasir Puteh,MDPP, THIRDFORCE dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan, AADK.

Bangunan ini akan dinaik taraf supaya ianya dapat diguna pakai untuk kegiatan kanak-kanak dan sebagainya. Rugi benar kalau ianya terbiar tidak dimanfaatkan untuk kegunaan pembangunan masyarakat.

Kerjasama erat atau ‘smart partnership’ antara NGO dengan agensi kerajaan dalam kerja amal ini saya kira perlu diteruskan lagi pada masa-masa akan datang.

Tahniah kepada semua yang terlibat. Semoga apa yang kita sama-sama usahakan hari ini dapat memberi impak positif kepada masyarakat khususnya golongan kanak-kanak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *