home Construction PONDOK NEK YAM

PONDOK NEK YAM

Alhamdulillah … sehari selepas kita kongsikan kisah Nek Yam di Kampung Bunut Rendang, pagi ni sukarelawan thirdforce bersama ketua tukang kita menziarahi warga emas ini untuk decide plan baiki atau bantuan rumah dan tandas yang selesa untuk mereka.

Rupa-rupanya Nek Yam pernah berbulan-bulan takde letrik dan keprihatinan Sahabat abangraja yang juga rakan satu sekolah beliau iaitu Tok Penghulu Hisham bersama rakan-rakan telah berjaya untuk buat penyambungan meter letrik ke rumah Nek Yam sebelum ni hasil sumbangan kawan-kawan. Kita merasa sangat bangga dengan adanya orang2 yang baik-baik dan prihatin yang terinspirasi dengan kerja buat dan perjuangan thirdforce lantas turut sama2 merebut saham akhirat masing2 bila berpeluang.

Thirdforce bercadang untuk naik taraf rumah Mak Yam dengan menggantikan bumbung yang rata2 bocor serta menggantikan lantai rumah yang sangat tak selamat untuk di pijak. Kami sendiripun tak berani nak pijak lantai tu sewaktu kunjungan kami tadi.

Nek Yam dan Tok Soh tinggal berdua di rumah usang tanpa tandas ini sejak sekian lama dan kita bercadang untuk bina tandas attach dengan ibu rumah serta juga bina dapur yang sesuai dan selamat untuk mereka.

Jommmm bantu saya dan sukarelawan untuk jayakan misi bantuan ini. Saya dengan ini melancarkan hari ini jugak Program Bantuan PONDOK NEK YAM di Kampung Bunut Rendang.

Jommmm sama2 kita ambik saham akhirat kita masing-masing di sini. Semoga Allah kekalkan kita dalam rahmatnya.

Untuk sebarang pertanyaan berkaitan kes ini boleh hubungi / whatsapp sukarelawan thirdforce yang lead kes ini Affifudin : 013-6350114

Jommm jadi orang baik-baik.

WE ARE THE THIRDFORCE
TOGETHER WE ARE STRONGER

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *