home Construction ASNAF HAZMI PASIR MAS

ASNAF HAZMI PASIR MAS

Nama asnaf : Hazmi bin Awang
Alamat : Kg Pdg Embong,17000 Pasir Mas, Kelantan.
Masa : 4.30 – 5.09 petang
Tarikh : 24hb.March 2017

Hari ini 3rd force Pasir Mas telah berkunjung ke rumah En Hazmi bin Awang (boleh di kategorikan sebagai OKU). Kedatangan kak lah di sambut oleh keluarga bapa saudara Hazmi dan bawa sedikit buah tangan untuk Hazmi.

Kebajikan Hazmi sebelum ni  di pantau oleh bapa saudara nya yang baru meninggal dunia 2 minggu lepas. Hazmi boleh mengurut sebagai sumber pendapatan. Ibubapa Hazmi telah meninggal dunia.

Rumah tempat Hazmi berteduh hampir roboh dan tidak layak untuk di duduki.Sebelah malam, Hazmi menumpang tidur di rumah arwah bapa saudara nya, bila menjelang subuh, Hazmi akan balik ke rumah nya.

Hazmi juga pernah mendapat bantuan bulanan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat Pasir Mas. Buat masa sekarang bantuan tersebut telah terhenti sebab beliau tidak memperbaharui nya.

Kita cuba memujuk Hazmi agar berjumpa dengan pegawai Kebajikan Masyarakat Pasir Mas dengan janji akan berkunjung lagi dan bawa buah tangan lagi.
Besar harapan agar Hazmi dapat tempat tinggal yang lebih selesa.

Untuk update program bantuan abang hazmi boleh la hubungi kak lah yang lead kes ni di pasir mas : 0182718969.

Sekian perkongsian dari kak lah
3rd force Pasir Mas

We are the 3rd force
Together we are stronger

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *