home Columns HARI INI JUMAAT TERAKHIR PADA USIA INI

HARI INI JUMAAT TERAKHIR PADA USIA INI

Salam pagi jumaat …

Hari Ini jumaat terakhir pada usia ini.

Mengenang kembali pada usia 40 tahun 2 tahun lepas bilamana amanah Allah di serahkan untuk membina bangsa dan negara ini melalui kesatuan hati orang baik-baik dibawah nama thirdforce.

Segalanya bermula pada umrah 2013 dan doa di hajarul aswad serta ramdhan dan lailatul qadar 2014. Ini diikuti dengan banjir besar bah kuning 2014 di hujung tahun yang sama yang menyaksikan pelbagai perkara pelik berlaku. Peristiwa kemuncak bilamana ayahnda TGNA menjemput untuk bertemu di wad icu HUSM dan menyampaikan beberapa amanat dan pesanan sebelum ayahnda menghembuskan nafas terakhir beberapa hari kemudian.

Pada tahun yang sama 2015 di saat usia ini 40 tahun, tanpa sedar Thirdforce di daftarkan dan gerakan bantuan kemanusiaan ini jadi semakin besar. Bantuan berkembang bukan sahaja tertumpu kepada mangsa banjir malah juga menjadi satu fenomena dalam masyarakat. Semua orang jadi tegerak untuk buat kerja2 kebajikan. Rata2 kita dengar orag ramai turun ke lapangan membantu gelandangan dan sebagainya. Thirdforce seolah menjadi satu pemangkin kepada kerja2 kemanusiaan…

Ditoleh kebelakang, terlihat pengalaman 17 tahun berceramah ke seluruh Malaysia memberi motivasi, membina insan dan jiwa anak2 muda agar sentiasa kental bersemangat. Rupa2nya itu juga sebahagian dari Grand Design dari yang Maha Agung untuk diri ini dilatih dengan keupayaan dan kekuatan mental, ilmu dan fizikal bagi menghadapi satu amanah yang maha besar.

Segala-galanya di gerakkan melalui gerak hati dari tahajud dan doa serta komunikasi bersama petunjuk alam. Tak ada yang memberi nasihat. Tak ada pegawai khas. Tak ada setiausaha akhabar. Tak ada penasihat melainkan doa dan petunjuk dari Allah.

Takut, resah dan berdebar. Cemas dan risau. Suhu badan meningkat tanpa sebab kadang-kadang dan pelbagai perasaan pelik mengelililngi diri sepanjang gelombang mengajak orang jadi orang baik-baik ini mula di gerakkan secara besar2an.

Kini setelah 2 tahun lebih thirdforce di gerakkan sbgai satu gelombang mengajak orang ramai jadi orang baik2 melalui penyebaran kasih sayang dan sifat prihatin menggunakan platform kemanusiaan bukannnya platform politik dan kuasa, alhamdulillah semuanya seperti satu grand design yg maha hebat dari yang Maha Kuasa.

Thirdforce berkembang ke seluruh dunia dan sudah ada di merata dunia. Hujung minggu depan akan ke Bosnia. Balik nanti akan ke Jogja, Jordan, Turki termasuk yang terkini kita di jemput ke Nigeria dan Afrika Selatan.

Esok usia meningkat lagi setahun. Meningkatnya usia bermakna masa semakin pendek dan kerja buat perlu di pertingkatkan utk memgumpul bekalan ke sana nanti.

Ramai rakan2 guru kedengaran pergi disebabkan cancer mungkin dek kerana tekanan kerja … Ramai juga rakan2 seperjuangan yg pergi disebabkan accident dan sakit mengejut seperti serangan jantung dsbg. Mati mengejut. Subhanallahh …

Mengingati kematian di hari terakhir usia ini tahun ini benar2 menjadikan hati hiba bilamana ramai orang baik2 yang Allah jemput mutakhir ini. Pejuangan melawan kekejaman sistem penghambaan terhadap kemiskinan, ketaksamaan agihan kekayaan negara, rasuah dan salah guna kuasa, serta pembelaan golongan majoriti miskin bukan lagi nampaknya pada platform politik tapi pada platform kerja2 kemanusiaan yang di gerakkan secara sukarela atas rasa kecintaan yang tinggi pada negara, bangsa dan agama.

Di kubur abah pagi ni hati sebak sebab abah tak ada disisi utk memberi nasihat, utk teman berbual dan bagi pendapat mcm dulu2. Kalau dulu mlm2 bonceng motor dgn abah dan ke kedai kopi berdua .. berbual apa saja isu. Kini hanya zikir2 abah yang jadi peneman. Itulah yang abah tinggalkan. Zikir subuh, maghrib dan isyak.

Semoga Allah kekalkan kita dalam rahmatnya.

Jommm jadi orang baik-baik.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

The people from Rich Mille informed me that fake richard mille this bezel is actually corrosion-proof, exceptionally inflexible and also very resistant to impacts.