home Medical UPDATE KES ASNAF HUSSAIN

UPDATE KES ASNAF HUSSAIN

Assalamualaikum wbt/Salam Perpaduan

Update Kes En Hussain (3rdForcePD/Asnaf/2017/017)

23 Mac 2017, Kg Baru – Alhamdulillah, pada malam ini , kami 3rdForcePD mngunjungi En Hussain dengan mmbawa Reclining Wheelchair tajaan penyumbang dari Bangi, Selangor. Kerusi roda ini amat diperlukan bagi mmberikan keselesaan kpd En Hussain yang kerap berulang alik ke hospital. Kerusi roda ini mempunyai penyokong kepala dan boleh diubah laras tempat duduknya.

Sumbangan susu dan pampers akan dihantar secara bulanan kpd En Hussain. Urusan pencen ilat dari PERKESO dan bantuan BAITULMAL PD sedang diuruskan oleh 3rdForcePD. Alhamdulillah, semuanya mnunjukkan perkembangan positif.

Terima kasih kepada warga Bangi tersebut yang menyumbangkan Reclining Wheelchair ini. Moga dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur.

Laporan dr
SYED SHUKRI NIZAM B JAAFAR
3rdForce PD

#jomjdorgbaikbaik
#The3rdForceNS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *