home Third Force PAKAR KERJA PERALATAN PALSU

PAKAR KERJA PERALATAN PALSU

26 Mac – Alhamdulillah. Petang tadi sempat ziarah Abang Azhar untuk hantar sandel Abang Raja yang rosak dan juga sebagai sample untuk buat yang baru. Abangraja mengirimkan sandel beliau sewaktu kami pulang bercuti ke kelantan semalam untuk di serahkan pada abang azhar untuk di repair kalau boleh. Begitulah sifat dan keperibadian dan kesederhanaan founder thirdforce.

Abang Azhar adalah seorang yang pakar dalam kerja-kerja tangan pembuatan barangan berasaskan kulit dan selalu terlibat dalam pembuatan peralatan palsu malah pernah buat kaki palsu abangraja satu masa dulu.

Sebelum ziarah kami  telah hubungi abang azhar tapi isterinya yang jawab.
Katanya Abang Azhar kurang sihat.

Dalam fikiran kami… kalau orang tak sihat ini seleranya lain sikit.Terus singgah beli tom yam.

Sesampai saja di rumah beliau, Abang Azhar dah ada depan pintu menunggu kami…

Kami menyapa “kata tak sihat” …

Abang Azhar tersenyum sambil jawab demam urat… mana tak demam urat … semua kena buat dengan tangan selain bergerak sana sini dan buat air soya katanya.

Kami tanya apa lagi yang boleh membuatnya sakit urat… terus dia tunjuk pada van putih sumbangan MAIS.

Abang azhar dah guna van itu llebih kurang 10 tahun lebih. Semua cara kendaliannya termasuk, clutch, prdal minyak dsbg menggunakan tangan yang diubahsuai olehnya sendiri untuk berniaga biarpun tidak mendapat kelulusan JPJ katanya..

Tapi nak buat macam mana…
hidup kena teruskan.

Hari ni kita memulakan usaha membantu abang azhar yang ketiadaan kedua belah kaki paras paha. Beliau yang menjadi mangsa di tipu pihak tertentu dalam pembelian rumah kos rendah satu masa dulu kini di senarai hitam di insolvency.

Rumah yang di beli beliau pada harga RM21,000 sepatutnya tingkat bawah tetapi bila serah kunci beliau di beritahu rumah beliau di tingkat paling atas. Kini hutang telah menjadi RM40K.

Hati beliau remuk di perlakukan sebegitu sementelah keadaan beliau yang cacat kedua belah kaki, isterinya juga lumpuh dan seorang dari anaknya juga oku. Bagaimana untuk beliau tinggal dirumah tingkat atas tanpa lift.

Beliau berjuang turun naik bank dan pejabat pemaju namun tidak dilayan. Pelbagai orang politik dan NGO datang sebelum ini kononnya nak bantu tapi hanya janji kosong. Beliau terasa seolah seperti dipermainkan dan pasrah dengan nasibnya. Kini nama beliau disenarai hitam di insolvensi dan beliau tak boleh keluar negara even utk tunaikan umrah. Pernah syarikat tv tawarkan umrah percuma kepadanya tapi terpaksa di batalakan.

Thirdforce hadir untuk membantu abang azhar yang kini masih menyewa di johan setia dan menjual soya di pasar malam.

Inilah yang nabi kita maksudkan membebaskan hamba. Hamba dalam ertikata pada zaman sekarang adalah hamba penganiayaan kepada satu sistem ketakadilan dan sisem kapitalis kejam. Kita akan berusaha untuk bantu abang azhar keluar dari masalah ini dan tunaikan hajatnya untuk kerjakan umrah. Beliau berhasrat untuk menaiki bukit Uhud dengan tangannya.

Tiada yang mustahil insyaAllah … Hujung tahun ni bersama abangraja. Mereka berdua akan lakukan di bukit uhud.

Masa kami hendak balik… sempat Abang Azhar tanya pick up 3rd Force tu manual ke auto… kami jawab auto… terus dia senyum…

Dalam fikiran kami dengan usia dan kudrat yang ada rasanya dah tak sesuai baginya untuk kendalikan van manual yg diubahsuai sendiri itu …

Jommm jadi orang baik-baik.

Nor Rudziah
Sukarelawan 3rd Force
Kg Johan Setia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *