home Columns TERUS SATUKAN HATI-HATI KITA

TERUS SATUKAN HATI-HATI KITA

Meeting terakhir petang ni di CDR sebelum berangkat ke Bosnia esok.

Saya akan berangkat ke Bosnia esok bersama Latfy, Hariri dan En. Helmi untuk pelancaran thirdforce Bosnia, pembikinan documentary perjuangan MALBAT dan Veteren ATM (Untold Story) untuk TV Episode serta memenuhi temubual bersama Duta Malaysia di Bosnia.

InsyaAllah seperti biasa jika ada apa-apa Ayah Ngah akan naungi kita dan mengemudi di bantu oleh kita semua. Pak Yunos pun ada sebagai sumber rujukan dan nasihat. Teruskan berkongsi kisah-kisah masyarakat di group ini dan insyaAllah jika ada access internet saya menyampuklah ya dari sana. Doakan semoga usaha pengantarabangsaan Thirdforce ini sentiasa di permudahkan Allah.

Saya dapat rasakan ada sesuatu yang Allah tetapkan untuk kita semua pada masa-masa akan datang terutama dalam kerja-kerja kebajikan dan penyebaran gelombang mengajak orang jadi orang baik-baik ini. Ianya seolah seperti a part of a “grand design” sesuatu yang mungkin tak terjangkau oleh akal kita yang disediakan oleh Allah untuk kita.

Kita terus satukan hati-hati kita.
Elakkan cari / discuss / tumpukan kepada perbezaan. Banyakkan cari persamaan dan bersangka baik sesama kita.

Bantu sekadar yang termampu dan elakkan bersaing dalam kerja-kerja kemanusiaan ini.
Sesungguhnya tiada apa yang nak kita saingi melainkan sepatutnya saling bantu membantu sesama kita.

Blueprint yang telah di sediakan untuk kita bergerak ini adalah the best business model so far.

Follow je … bila ada yang pandai-pandai nak ubah tulah yang jadi masalah …

So get back on track.

Kita bukan nak selesaikan masalah orang miskin tetapi kita nak ambil saham akhirat kita sahaja.

Kita bukan nak duit / dana besar geran kerajaan
Kita bukan nak populariti …

We dont want to look good
But we want to be good

We dont want to look genius
But we want to be genius

We dont want to look rich
But we want to be rich

Dunia dan akhirat.
InsyaAllah

Untuk operasi di HQ Pasir Puteh Saudara Ali akan lead the whole operation.

Jaga diri
Jaga hati

Bertebaranlah sebarkan mesej kemanusiaan ini dengan cara masing2.

Jadi orang baik-baik

Saling bermaafan dan bergeraklah sebagai satu keluarga orang baik-baik.

Take care everybody.

RAJA SHAMRI RAJA HUSIN
Pasir Puteh
Kelantan.
29/3/2017

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *