home Construction UPDATE PEMBINAAN SURAU MAAHAD TAHFIZ AT-TARMIZI DI WAKAF BUNUT

UPDATE PEMBINAAN SURAU MAAHAD TAHFIZ AT-TARMIZI DI WAKAF BUNUT

Rabu , 29 March – Update pembinaan Surau Maahad Tahfiz At-Tarmizi di Wakaf Bunut. Kerja-kerja pembinaan masuk fasa terakhir.

Hari ini tukang-tukang mula membuat kaki lima dan membuat “Wiring”. Untuk Kerja konkrit ,tukang kita tidak boleh buat pada hari ini kerana mesin “mixer” rosak .

Insya Allah mesin ini siap dibaiki esok jikalau tiada apa-apa halangan . Kita jangkakan surau maahad tahfiz ini boleh digunakan sepenuhnya oleh para pelajar menjelang ramadhan ini.

Beruntunglah jiwa-jiwa murni yang telah membeli saham akhirat masing-masing untuk pembinaan surau ini.

Sesungguhnya inilah saham akhirat berkekalan kita nanti insyaAllah. Untuk update program pembinaan Maahad Tahfiz Al-Tarmizi ini bolehlah hubungi Ali sukarelawan yang lead kes ini : 017-242 8767.

Thirdforce ada 3 Maahad Tahfiz /
Pondok Pengajian Agama :-

Manabiul Ulum Batu 10 Lekir Perak
IREC Jempol Negeri Sembilan
Maahad Tahfiz Al-Tarmizi Pasir Puteh Kelantan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *