home Third Force MENGUNJUNGI PAK RAHIM

MENGUNJUNGI PAK RAHIM

01 April , Laloh – Hari ini sukarelawan kita mengunjungi Pak Rahim di Sungai Sam. Kunjungan tersebut betujuan bertanya khabar keadaan Pak Rahim dan membawa sedikit barang keperluan.
Walaupun hidup seorang diri di dalam kebun getah, Pak Rahim mendapat tempat yang istimewa di hati keluarga besar kita, keluarga 3rd Force.
Abangraja sentiasa berpesan kepada  semua sukarelawan agar tidak ada ’emotional bonding’ kepada asnaf. Sekadar melawat sebagai tanda kasih sayang sesama saudara seagama, dan bertanya khabar tidak menjadi masalah.
Kami sempat berbual panjang dengan Pak Rahim dan beliau menjadi sangat mesra dengan kami berbanding pada masa mula-mulakita mengenali beliau dahulu. Berkongsi pengalaman beliau sepanjang berada di tanah suci juga antara topik yang dibualkan.
Selain berkongsi serba sedikit ilmu bersama kami, beliau juga banyak nasihat dan pandangan yang pada kami. Menjadikan kami semakin kagum dengan hamba Allah ini walaupun hidup penuh kekurangan dan berseorangan dalam hutan.
Semoga kehadiran asnaf-asnaf hebat seperti menjadikan kita semua semakin bersemangat untuk membantu orang lain dalam usaha kita menjadi orang baik dan mencari saham akhirat masing-masing.
Insya Allah…
Jomm sertai Abangraja, Iskandar, Ewan, Fariq, saya dan beribu lagi sukarelawan di luar sana, kita sebarkan kasih sayang ini sejauh mungkin..
#jommjadiorangbaikbaik
#wearethe3rdforce
#togetherwearestronger
Saya Safuan
Sukarelawan 3rd Force
Pasir Puteh

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *