home Volunteerism PROGRAM BUAT PERMATA HATI UNTUK ANAK ASNAF MURNI, SENDAYAN

PROGRAM BUAT PERMATA HATI UNTUK ANAK ASNAF MURNI, SENDAYAN

Program Buat Permata Hati untuk Anak Asnaf Murni, Sendayan
2 April 2017, Ahad
***********************************
Alhamdulillah dengan izin dan kurniaNya program berjalan dengan lancar seawal jam 8.30 pagi berakhir jam 3.00 petang.

Program di mulakan dengan aktiviti cek kesihatan diri daripada  TEAM KOSPEN ( Komuniti Sihat Perkasa Negara ) turut hadir Dr Suni daripada Klinik Kesihatan Senawang. Di samping itu anak – anak yatim ini bersarapan bersama sukarelawan 3rd Force N9 dan juga Team Bikers Senawang.

Sambil – sambil makan kita dengar 
lagu best daripada Abang KN Buskers. Sedih pun ada, gembira pun ada. Apabila mendengar lirik – lirik lagu khas ditujukan buat anak-anak di situ. Apa pun persembahan Abang KN Buskers memang best! 👍🏻

Selesai sarapan pagi Anak – Anak Yatim Asnaf Murni ini diberi peluang untuk ronda bersama abang Bikers sekitar taman Nursari Bayu. Alhamdulillah, walaupun sekadar ronda – ronda. Terpancar kegembiraan di wajah anak – anak ini. Ada yang excited, ada yang nak tapi muka bimbang, ada yang daripada jauh intai – intai menantikan gilirannya pula nak naik motor, ada yang tak nak turun motor dan macam-macam gelagat lagi dapat dilihat sebab nak naik motor besar. Tersinggah juga di telinga kami suara drp anak – anak kecil itu.
“Ya Allah bestnya dapat naik motor besar”
Syukur walaupun sekejap tapi dapat lihat mereka riang…

Selesai naik motor, aktiviti potong rambut amal oleh Abang Ijoy daripadaTaman Tasik Jaya. “Terima kasih abang potong rambut” sambil tersengeh dia berlalu. Keletah salah seorang anak di situ. Apa pun kami semua terhibur dengan aksi mereka.

Tepat jam 11.30 pagi kami semua mulakan aktiviti gotong royong dan membersihkan kawasan sekitar rumah dan juga di dalam rumah. Mop lantai, sapu sampah, cabut rumput di dalam pasu, dan kumpulkan ranting kering.
Alhamdulillah dalam masa sejam hasil kerjasama semua kawasan laman serta dalam rumah dah nampak bling bling (bersinar)

Cek kesihatan dah, sarapan dah, ronda-ronda dah, potong rambut pun dah, gotong – royong pun dah. Kemudian kami makan tengah hari bersama mereka sebelum meneruskan aktiviti terakhir iaitu aktiviti kumpulan bersama Kak Jaja.

Seronok tak terhingga mereka bersama Kak Jaja dalam slot kerja kumpulan dan motivasi. Pelbagai rupa dan bentuk hasil kerja tangan mereka hasilkan. Apa pun kami bersyukur, kerana mereka tidak putus dengan senyuman dan memberikan kerjasama yg sangat baik.

Alhamdulillah selesai aktiviti setengah hari bersama mereka. Syukur tak terhingga kepada Yang Maha Esa memberi peluang dan kesempatan kepada kami insan yang kerdil ini untuk merasa kemanisan pengalaman bersama anak-anak kesayangan Rasulullah s.a.w ini.

Terima kasih kepada semua penyumbang dan yang menjayakan program ini daripada mula sehingga akhir. Segala jasa baik anda hanya Allah swt dapat membalas.

Alhamdulillah jua kerana segala amanah dan bantuan yang ingin di sampaikan telah di serahkan kepada penjaga Rumah Yatim Asnaf Murni, Sendayan.

Salam Sayang
We Are The 3rd Force Team N9
Together We Are Stronger

#jomrebutsahamakhirat
#sementarakitamasihada
#sebarkankasihsayanganda

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *