home Construction MASJID NURUL HIDAYAH BERWAJAH BARU

MASJID NURUL HIDAYAH BERWAJAH BARU

Syukur Alhamdulillah dan terima kasih 3rd Force Malaysia!!

Itulah ucapan yang di sampaikan kepada kami oleh penduduk Kampung Bao Doc Baru, Tay Ninh melalui wakil 3rd Force Vietnam, Ustaz Safirin.

GAMBAR MASJID SEBELUM DI CAT

Ucapan tersebut di sampaikan oleh  Ustaz Safirin dalam perbualan menggunakan applikasi Whatsapp sebentar tadi.

Projek pengindahan Masjid Nurul Iman telah bermula pada awal bulan Mac yang lalu dan siap sepenuhnya semalam.

GAMBAR MASJID SETELAH DICAT

Keseluruhan bahagian luar dan dalam masjid kini berwajah baru manakala kipas dinding dan almari Al Quran di ganti baru.

“Saya mewakili 3rd Force Vietnam, hakim (penghulu) serta penduduk kampung Bao Dac Baru mengucapkan terima kasih banyak-banyak kepada Abang Raja serta 3rd Force Malaysia atas bantuan yang di berikan. Semoga Allah membalas jasa baik tuan-puan semua”.

Catatan Helmi
3 April @ 1721hrs
Jablanica,
Bosnia Herzegovina

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *