home Medical ASNAF MOK SOH

ASNAF MOK SOH

Hari ini kami sukarelawan thirdforce di Pasir Puteh seramai tiga orang telah mengunjungi seorang asnaf, Mok Soh (Mek Eshah bt Saud,68) di Kg Padang Bongor,Binjai, Kota Bharu.

Kami tiba sekitar jam 12 tengah hari hasil dari maklumat yang di terima melalui whatsapp daripada pengikut facebook Abang Raja.

Mok Soh merupakan OKU fizikal. beliau mendapat bantuan JKM sebanyak 120 sebulan.

Menurut pengadu yang menghubungi Abangraja, beliau tinggal seorang diri dirumah dan tidak berupaya untuk berjalan seperti insan lain, juga keadaan rumahnya nampak cantik diluar tapi didalamnya serba kekurangan.

Beliau mengadu untuk memohon bantuan kerusi roda mudah alih supaya dapat membantunya untuk bergerak.

Sekarang ini kita di beritahu beliau bergerak secara mengesot dan merangkak untuk ke kedai yang berhampiran.

Sewaktu kami tiba, kami dapati Mok Soh belum jamah apa-apa makanan lagi dari pagi disebabkan gas habis. Mujur kami ada membeli sedikit makanan sewaktu dalam perjalanan ke rumah Mok Soh. Kami juga bawa keperluan dapur seperti beras dan lain-lain.

Sebelum kami beredar , kami ke kedai berdekatan untuk dapatkan gas yang baru supaya mok soh dapat memasak seperti sediakala.

Orang ramai yang berkelapangan…datanglah ziarah mok soh..mok soh perlukan sokongan kita semua.

Plan bantuan :-

Plan A – Post di fb…mana tau sedara mara atau jiran-jiran dapat sama-sama rebutkan pahala akhirat ini.

plan B – usahakan dia ke pusat jagaan ore tua..

Plan C – usahakan kerusi roda untuknya. Alhamdulillah kita sudah ada kerusi roda sumbangan keluarga besar thirdforce di bilik gerakan yang boleh diserahkan.

Untuk sebarang info tentang kes ini bolehlah hubungi Ali 0172428767 (Whatsapp) ya …

Jommm jadi orang baik-baik.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

The people from Rich Mille informed me that fake richard mille this bezel is actually corrosion-proof, exceptionally inflexible and also very resistant to impacts.