home Third Force KONJIC – BANDAR PERTAMA HERZEGOVINA

KONJIC – BANDAR PERTAMA HERZEGOVINA

CATATAN #7: PART 2

KONJIC – BANDAR PERTAMA HERZEGOVINA

Sewaktu melihat keindahan persekitaran di Sarajevo, terasa inilah pemandangan yang paling indah pernah kami lihat. Namun sebaik tiba di bandar Konjic, segera tanggapan kami berubah.

Hamparan segenap bumi Bosnia memang indah!

Konjic merupakan   bandar pertama di bahagian Herzegovina jika kita keluar dari arah Sarajevo.

Suasana nyaman menyambut kami sekitar jam 2 petang. Pertukaran dari musim sejuk ke musim panas masih belum ketara memberikan sedikit kelegaan kepada kami untuk meneroka sejenak keindahan Konjic.

Kami terus menuju ke arah jambatan yang merentangi Sungai Neretva yang juga di bina oleh kerajaan Uthmaniyyah.

Jambatan yang musnah semasa perang lalu di bina semula berdasarkan rekabentuk asal oleh kerajaan Turki di penuhi oleh pengunjung yang berjalan kaki untuk melihat panorama indah sekitar tebingan sungai.

Apa yang pasti mercu tanda Uthmaniyyah jelas kelihatan di mana sahaja. Menara masjid berdiri kukuh dalam jarak tidak sampai 1 kilometer antara satu sama lain pastinya menerbitkan laungan azan yang indah, bersahut-sahutan.

Anak-anak kecil bermain girang di gigi air bersama keluarga membayangkan trauma tidak lagi menghalang mereka untuk bergembira bersama keluarga.

Begitu juga kafe serta kedai makan kelihatan meriah dengan pengunjung yang bersantai di tepi air sungai jernih kehijauan yang mengalir deras.

Setelah puas bergambar dan menikmati keindahan Konjic, kami meneruskan perjalanan ke destinasi seterusnya iaitu Jablanica.

Catatan Helmi
2 April @ 3.45 petang
Konjic

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *